Paras sungai di 5 negeri dilaporkan melepasi tahap amaran

Paras sungai di 5 negeri dilaporkan melepasi tahap amaran

Paras sungai di 5 negeri dilaporkan melepasi tahap amaran. Penduduk di Semenanjung terutama kawasan rendah dinasihatkan terus berwaspada berikutan paras sungai di lima negeri dilaporkan melepasi tahap amaran malam ini.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 11.35 malam, negeri yang terlibat adalah Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Kedah melibatkan Sungai Anak Bukit di Jambatar TAR, Kota Setar merekodkan bacaan 1.57 meter (m) selain Sg. Buloh di Paya Jaras, Petaling Selangor dengan bacaan 24.38m melebihi tahap amaran.

Paras sungai di 5 negeri dilaporkan melepasi tahap amaran

Negeri Sembilan pula membabitkan Sg. Linggi di Kg. Linsum, Seremban dan Sg. Jimah di Kg. Jimah, Port Dickson yang mana masing-masing mencatatkan bacaan 9 meter dan 8.61 meter melepasi paras amaran.

Turut melebihi tahap amaran iaitu Sg. Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah dengan bacaan 1.79m serta Parit Keliling di Kg. Pasir, Johor Bahru dengan bacaan 0.61m.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 10 negeri sehingga pukul 3 pagi nanti.

“Antaranya adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah,” ujarnya.

Baca Lagi:
Ini 5 maklumat penting bank yang perlu anda rahsiakan
Usahawan Kelantan dakwa “dia paling kaya dalam Malaysia”
Panduan refund duit kad Touch n Go jika rosak, hilang atau expired
CATEGORIES