Makan buah anggur jangan buang biji dia, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Makan buah anggur jangan buang biji dia, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Makan buah anggur jangan buang biji dia, ini sebabnya yang ramai belum tahu. Salah satu jenis buah yang menjadi kegemaran bukan sahaja rakyat Malaysia malah seluruh dunia adalah buah anggur. Kecil, mudah dimakan dan mempunyai rasa masam-masam manis, buah anggur juga sangat mudah didapati dan ada juga yang menanamnya di rumah.

Namun, sejak kebelakangan ini ramai yang memilih untuk makan buah anggur yang tidak mempunyai biji kerana dikatakan lebih mudah untuk ditelan. Tetapi, tahukah anda bahawa pengambilan buah anggur yang mempunyai biji adalah lebih bagus dari yang tiada biji?

MAKAN BUAH ANGGUR YANG ADA BIJI LAGI BAGUS DARI TANPA BIJI?

Makan buah anggur jangan buang biji dia, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Walaupun kebanyakan jenis anggur di kedai hari ini adalah tanpa biji, kadangkala anda boleh menemui anggur yang mempunyai biji di tengah. Biji anggur adalah rangup dan mempunyai rasa yang sedikit pahit, tetapi itu tidak bermakna anda perlu meludahkannya. Bahkan, jika anda tertelan biji anggur, ia tidak mungkin membahayakan kesihatan anda.

Menurut Healthline, biji anggur mengandungi beberapa sebatian yang mungkin menawarkan manfaat kesihatan, seperti antioksidan, flavonoid dan melatonin. Biji buah anggur juga digunakan untuk membuat makanan kesihatan seperti minyak biji anggur dan ekstrak biji anggur, yang digunakan sebagai makanan tambahan.
Ini kerana biji anggur adalah sumber fitokimia seperti asid Gallic, catechin, dan epicatechin yang kaya dengan antioksida. Berikut merupakan khasiat biji anggur, sebagaimana perkongsian oleh bekas Timbalan Pengarah Perancangan Makanan MARDI, Dr Suri Roowi di laman Facebooknya.

1. Kajian menunjukkan ekstrak biji anggur membantu turunkan darah tinggi, bantu aliran darah, tegangkan kulit, lambatkan nyanyuk, bantu masalah buah pinggang, anti-diabetis, anti-kolesterol, anti-tumor dan membantu kurangkan risiko kanser.

2.Kajian yang dilakukan oleh saintis Jepun mendapati meminum ekstrak biji anggur boleh mengurangkan pigmentasi kulit dalam masa satu tahun.

3. Kajian oleh saintis lain dalam tahun 2012 juga mendapati ekstrak biji anggur boleh mengurangkan pigmentasi kulit (dengan merencat enzim tyrosinase), lebih tinggi berbanding ekstrak kulit anggur.

4. Memandangkan struktur kimianya agak besar, ekstrak biji anggur sebaiknya diminum bersama madu dan sumber tinggi fiber agar pemecahan dan penyerapan bahan berkhasiat jadi lebih mudah.

*Selepas ini, kalau makan buah anggur yang mempunyai biji jangan diludahkan pula ya!

Baca Lagi:
Wanita kongsi cara buat Umrah DIY bermodalkan hanya RM4,000 seorang
Akhirnya terjawab macam mana cara basuh kereta api
Saintis terkejut jumpa spesies ikan ‘berjalan’ warna merah dan bermata besar
CATEGORIES