Wanita kongsi cara buat Umrah DIY bermodalkan hanya RM4,000 seorang

Wanita kongsi cara buat Umrah DIY bermodalkan hanya RM4,000 seorang

Wanita kongsi cara buat Umrah DIY bermodalkan hanya RM4,000 seorang. Semua dah tak sabar2 nak I share bajet umrah DIY, so mehla I share ye dan simpan sini utk kenangan

Reason utama I buat umrah DIY ialah sebab

Wanita kongsi cara buat Umrah DIY bermodalkan hanya RM4,000 seorang

βœ… Jimat lagi2 sekarang pakej semua mahal
βœ… Flexible sebab ikut tentatif kita sendiri
βœ… bawa baby kembar I sekali, sebab yela kalau tinggal kat Malaysia siapa nak jaga kan πŸ˜‚πŸ˜‚

I dah banyak survey pakej umrah, mostly kalau bawa baby kena bayar dalam RM 2-3k utk sorang baby. Ada juga pakej yg harga separuh dewasa.. Kalau nak bawa kembar, kena kali dua πŸ˜‚ So kami pun decide utk pergi sendiri..

So kat sini I share flow dia la supaya korang boleh rujuk dan ikut. Moga bermanfaat..

πŸ“Œ Beli tiket penerbangan ✈️

Kebetulan pula Sri Lankan Airline tengah buat promo, tiket harga RM 2435 seorang dan baby pula FREE. Biasanya tiket penerbangan kalau baby on lap ada juga airline yg cas 10% dari harga tiket dewasa, so contoh harga tiket RM 3000, baby kena bayar RM 300. But surprisingly Sri Lankan Airlines free je! Alhamdulillah

So sesiapa yg ada anak bawah 2 tahun tu gunakan la kesempatan ini utk travel bawa baby sebab masih free & kalau kena bayar pun, sikit jeπŸ˜‚

Kami tawakkal je beli tiket Sri Lankan Airlines tu sebab jarang Malaysian naik flight ni so kami tak tahu review ok tak.. Kebiasaannya flight kalau ke Jeddah mmg akan announce di tempat miqat untuk niat umrah, so kami pun risau kot2 Sri Lankan Airlines takde buat announcement ke apa kan. So kami pun decide utk buat itinerary dengan pergi Madinah dulu, just to be safe

Naik Sri Lankan Airlines ada transit 24 jam di Colombo. Mmg kami saje pilih yg ada transit sebab bawa baby so takde la penat sgt. Yg bestnya, hotel, makan dan transport pergi balik dari hotel ke airport semua Sri Lankan Airlines yg sediakan. Alhamdulillah rezeki kami dapat jalan2 dan bermalam di Colombo secara percuma.

πŸ“Œ Apply transit visa Sri Lanka
Nak masuk Sri Lanka kena apply transit visa di sini ‡️
https://eta.gov.lk/etaslvisa/etaNavServ?payType=1
Transit visa di Sri Lanka percuma je utk Malaysia. Alhamdulillah. Kami dah siap2 apply sebelum terbang..

πŸ“Œ Apply tourist visa Saudi
Dulu harga tourist visa RM 650, tapi rezeki kami, saudi masa tu baru launch website dalam versi beta, so kami dpt apply tourist visa dengan harga RM 507 je alhamdulillah. Tourist visa valid 1 tahun..
Korang boleh apply di website ni ‡️
http://ksavisa.sa/visa/tourism/apply

πŸ“Œ Book hotel di Madinah
I book hotel Mirage As Salam di agoda utk 4 hari 3 malam. Sorang dalam RM 575 je kena bayar..
– Bilik twin bedroom
– Hotel dekat dengan gate 315 & 316
– Boleh jalan kaki je ke Masjid Nabawi

Ini je hotel yg paling murah I survey, sebab harga hotel di Madinah untuk bulan Februari mmg melambung2 tinggi.. Itupun nasib baik laaa I book awal la juga even masa tu belum beli tiket flight lagi. Tawakkal je 🀣 At least lepas beli tiket anytime kita boleh je setting ikut kesesuaian itinerari. A few days sebelum pergi I check harga kat agoda, dah tak dapat dh harga yg murmur..

πŸ“Œ Book hotel di Mekah
Kat Mekah I book Kiswah Towers Hotel. Harga bagi I jackpot sebab murah sgtttt. RM 264 seorang utk 5 hari 4 malam. Yang ni I book dengan Muqmeen Travels & Tours.

Cumanya hotel ni a bit jauh dlm 900m – 1km so around 15 mins berjalan. Tapi dia ada sediakan bus ke Masjidil haram 24 jam secara percuma.. Since kami bawa stroller so most of the time kami jalan kaki je ke masjidil haram. Bagi org muda I rasa ok la takde la jauh sgt dan dalam perjalanan bila kita tengok kira dan kanan, semuanya jauh lebih tua malah ada yg bongkok yg sama2 turut berjalan. Masya Allah, bila tengok dorang masih lagi kuat dan bersungguh2, terus kita pun jadi lebih semangat untuk meneruskan langkah.. πŸ₯ΉπŸ₯Ή

– Twin bedroom
– 900 m / 1km ke Masjidil haram
– ada bus yg disediakan percuma utk ke masjid, bas ada setiap masa tanpa perlu tunggu lama
– yang best hotel ni sebab banyak kedai2 murah di sekitar hotel untuk beli souvenir, dan kedai makan yg murah, jauh lebih murah dari area clock tower

πŸ“Œ Book transport dari Jeddah airport ke hotel Madinah
I book HIACE 10 seater walaupun total org yg pergi 4 org 2 baby je 🀣 Tapi lepas survey, average rate dari Jeddah ke Madinah dalam 600 SAR utk 1 kereta GMC (mcm ala ala Hilux / Pajero tapi lagi besar kot)
Kebetulan ada kenalan yg buat pakej transport di sana, so kami dapat harga 550 SAR utk 1 van. Sebenarnya kalau buat umrah DIY ni, lagi ramai lagi murah sebab boleh tong2.. So utk transport ke Madinah ni sorang bayar dlm 137.50 SAR
Contact number : http://wa.me/+60194220810 (Mursyid)

πŸ“Œ Beli tiket haramaian speed train
I beli tiket haramain speed train dengan harga 172.50 sar one way per person utk kelas ekonomi (dalam RM 220) dari Madinah – Mekah. Cam wondering juga kenapa kalau beli dari travel agency harga tiket jadi sampai RM 400 utk ekonomi? πŸ™πŸ»
Tiket Haramain speed train ni konsep dia sama mcm harga tiket penerbangan, kalau beli lambat, or beli walk in / on the spot, harga dia jadi 2-3 x mahal.
Haaa dah tahu ni korang boleh la beli sendiri je siap2 di website, tak susah pun.. Beli awal tak kalut.. Korang boleh beli di website ni ‡️
https://sar.hhr.sa
I bayar guna wise je. Siapa takde wise lagi sila la apply di sini ‡️
https://wise.com/invite/ihpc/nurulhudabintim2

πŸ“Œ Book transport Mekah ke Jeddah airport
Yang ni I try book transport orang lain pula. I book dari Fiyaz.. Naik kereta GMC.
Contact Number : +966 55 397 1211 (Fiyaz)
Untuk first timers, korang boleh juga hire mutawwif di sana. Pergi secara umrah diy, tp kat sana boleh hire mutawif utk bimbing umrah, takde masalah. Jimat pun jimattttt..

Banyak je mutawwif Malaysia yg tinggal di Mekah dan Madinah. Rate dlm RM 300 sehari so boleh bahagi2 ikut berapa ramai orang. Ada juga org share yg kita boleh je join travel agent dari Malaysia sbb kadang2 ada jemaah yg taknak join & prefer nak buat sendiri. So kita boleh la join utk memenuhi ruang πŸ˜‚ Tapi kita bayar la ikut yg bersesuaian.
Kami ni kebetulan rezeki sebab ada dua sepupu dari Juara travel & Alam Shah travel yg kebetulan dtg sini tarikh yg sama. So dapat la kami menumpang sekali sekala 🀭

Total umrah DIY (harga untuk SEORANG)
1. Flight RM 2435
2. Transport Jeddah – Madinah 137.50 sar ~ RM 175
3. Hotel Mirage Al-salam Madinah RM 575 (4H 3M)
4. Haramain speed train Madinah – Mekah 172.50 SAR ~ RM 220
5. Kiswah Towers Hotel RM 264 (5H 4M)
_________________________
RM 3669
+ RM 507 visa pelancong saudi
_________________________
RM 4176
Visa pelancong valid setahun, so lepas ni kalau nk buat umrah (atau sesiapa yg mmg dh ada visa pelancong) boleh la buat umrah dgn bajet RM 3.6k jeeeeeee. Dan rasanya boleh dpt lagi murah kalau pergi selain bulan 2 & bulan ramadhan. In sha allah lepas ni semua org boleh buat umrah πŸ₯Ήβ€οΈ
Ini I state utk harga basic je. Tak termasuk makan / shopping dan lain2 sbb kami tak shopping sgt dan kami bawa bekal dari Malaysia yg dah siap retort. Jimat banyak sebab makanan kat sini mahal juga πŸ˜‚ Bayangkan sekali makan 20 rial, makan 3 kali sehari dah 60 rial, darab 10 hari dah 600 rial, dlm RM 760 cmtuu.. Maka kami pun bawa bekal je dari Malaysia yg dah siap2 retort.. Senanggg

Ni video retort kami : https://vt.tiktok.com/ZSFS3y1r5/

Jemputla tengok dkt Tiktok dan follow kamii, ada yg I dah buat video, so senang sikit la nak faham dan proses satu per satu πŸ˜‚
Tiktok :

@nurulmukhtarr


Instagram :
www.instagram.com/nurulmukhtarr

“Allah tak panggil orang yang mampu, tapi Allah memampukan kita.” Peganglah kata-kata hikmah ini.. Moga bermanfaat 🀲🏻🀍

Baca Lagi:
17 kenderaan berteknologi canggih milik SPRM
Kecoh penduduk kampung kejar β€˜penanggal’ yang cuba masuk rumah ibu mengandung
Ramai yang tak tahu, ini cara nak kenal batu nisan lelaki atau perempuan
CATEGORIES