Saintis terkejut jumpa spesies ikan ‘berjalan’ warna merah dan bermata besar

Saintis terkejut jumpa spesies ikan ‘berjalan’ warna merah dan bermata besar

Saintis terkejut jumpa spesies ikan ‘berjalan’ warna merah dan bermata besar. Sebuah pasukan saintis antarabangsa menemui lebih 100 spesies marin baharu di kawasan pergunungan dasar laut di luar pantai Chile, lapor portal berita Wion News semalam.

Pasukan saintis diketuai Profesor Madya Erin Easton dari Universiti Rio Grande Valley, negeri Texas itu melakukan kajian mengenai Rabung Nazca, Rabung Salas y Gomez dan Rabung Juan Fernandez.

Menurut portal berita Voice of America, pasukan saintis itu meneroka kawasan laut dalam dengan menggunakan kapal selam robot kawalan jauh dan mengambil spesimen.

Saintis terkejut jumpa spesies ikan 'berjalan' warna merah dan bermata besar

Antara penemuan mereka ialah spesies ikan ‘berjalan’ berwarna merah dan bermata besar.
Ia mempunyai sirip bagi membolehkannya berjalan di dasar lautan.

Pengarah Eksekutif Institut Lautan Schmidt, Jyotika Virmani berkata: “Sebagai tambahan kepada spesies baharu, mereka (saintis) menemui empat gunung baharu di dasar laut ,” katanya.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu, ini cara nak kenal batu nisan lelaki atau perempuan
Senarai cukai barang & perkhidmatan yang kekal dan berubah harga bermula bulan Mac 2024
“Pakcik aku seorang guru, dia paksa anak kahwin dengan lelaki tua sebagai isteri ketiga, sekali rahsia pakcik aku terbongkar”
CATEGORIES