Akhirnya terjawab macam mana cara basuh kereta api

Photo of author

By Joe

Akhirnya terjawab macam mana cara basuh kereta api. Pernahkah anda terfikir, bagaimana agaknya tren atau kereta api seperti LRT atau KTM dibersihkan? Takkan lah tren-tren tersebut dibawa ke pusat cuci kereta atau carwash pulak kan sebab sudah tentu lah tak muat sebab pengangkutan awam ni bersaiz besar dan panjang.

Nampaknya tanda tanya dan persoalan anda itu terjawab apabila seorang individu ini yang dipercayai merupakan kakitangan KTM Berhad telah berkongsikan video di platform TikTok tentang di sebalik tabir bagaimana tren KTM dibersihkan.

Dalam video berdurasi selama 37 saat yang dikongsikan di TikTok oleh seorang individu yang dikenali sebagai mikealphatango98 itu, dapat dilihat tren KTM itu bergerak sambil melalui pusat cucian khas di mana bahagian luaran tren itu akan dicuci menggunakan semburan air.

Akhirnya terjawab macam mana cara basuh kereta api

@mikealphatango98Train wash scs07♬ original sound – H A F I Z F E I S A L 🧃

Rata-rata warganet teruja melihat proses mencuci tren KTM itu kerana ramai yang menyangka bahawa sebelum ini, tren atau kereta api seumpamanya tidak perlu dicuci.

Akhirnya terjawab macam mana cara basuh kereta api

Akhirnya terjawab macam mana cara basuh kereta api

Baca Lagi:

Ramai yang tak tahu, ini cara nak kenal batu nisan lelaki atau perempuan
Kecoh penduduk kampung kejar ‘penanggal’ yang cuba masuk rumah ibu mengandung
Senarai cukai barang & perkhidmatan yang kekal dan berubah harga bermula bulan Mac 2024