Penduduk berang kamera lampu isyarat ‘cekik darah’, akhirnya ini yang terjadi

Penduduk berang kamera lampu isyarat ‘cekik darah’, akhirnya ini yang terjadi

Penduduk berang kamera lampu isyarat ‘cekik darah’, akhirnya ini yang terjadi. Penduduk kota London yang berang dengan pemasangan kamera pengesanan Zon Pelepasan Ultra Rendah (ULEZ) di jalan raya bertindak menutup peranti tersebut menggunakan kotak dan beg beli-belah, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Kamera ULEZ merakam imej nombor pendaftaran kenderaan bagi mencari maklumat untuk menentukan jenis pelepasan karbon yang dihasilkan kenderaan tersebut.

Kamera tersebut turut memeriksa kekerapan pemandu memasuki kawasan ULEZ serta waktu memasukinya bagi menentukan jumlah bayaran yang dikenakan.

Penduduk berang kamera lampu isyarat 'cekik darah', akhirnya ini yang terjadi

Kira-kira 700,000 pemandu bakal dikenakan bayaran harian sebanyak £12.50 (RM67.70) apabila ULEZ diperluaskan pada musim panas kali ini.

Langkah kontroversi itu pada dasarnya akan meliputi keseluruhan London dan akan diperkenalkan pada 29 Ogos ini.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan menerima kecaman hebat kerana melaksanakan idea tersebut yang dijangka mampu menjana pendapatan tambahan kira-kira £93.6 juta (RM507 juta) dalam lapan bulan pertama levi itu beroperasi.

Sadiq ketika menjelaskan pengembangan rancangan itu berkata, udara bertoksik menyebabkan kematian pramatang sebanyak 4,000 penduduk London setiap tahun.

Namun, ia sebaliknya dikatakan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan selain bakal diperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

Berang dengan tindakan tersebut, sekumpulan penduduk mempamerkan protes mereka dengan meletakkan pelbagai barangan pada kamera Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik.

Gambar-gambar aksi protes tersebut tular di media sosial dengan pengguna melahirkan sokongan mereka terhadap tindakan berkenaan.

“Saya amat menyukai tindakan penduduk London yang menutup kamera ‘perompak wang’, ULEZ menggunakan kotak dan beg,” kata seorang pengguna.

“Hebat sekali! (Kerajaan) mengenakan cukai kepada penduduk miskin sekali lagi. Ramai orang (terumanya warga emas) akan hidup terasing. Tambahan lagi, semua orang cuba mencari rezeki dengan gaji yang tidak seberapa. Amat keterlaluan,” ujar seorang pengguna lain.

Baca Lagi:
“Kalau bagi bubur lambuk mesti kena tadah dengan tangan”- Netizen sindir YB Pas agih ikan aya macam bagi kucing makan
Ketua Pegawai Zakat Maik terkejut pelajar tingkatan dua bayar zakat RM10,000
Bekas pemimpin Pas dilantik Penasihat Agama TPM
CATEGORIES