Macam baru balik beraya dari Istana, dua beradik berbaju Melayu kuning Diraja raih perhatian ramai

Macam baru balik beraya dari Istana, dua beradik berbaju Melayu kuning Diraja raih perhatian ramai

Macam baru balik beraya dari Istana, dua beradik berbaju Melayu kuning Diraja raih perhatian ramai. Pada tahun ini, ramai yang menjangkakan warna ‘brick orange’ akan menjadi pilihan utama bagi kebanyakan individu yang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun, ramai yang memilih warna lain kerana tidak mahu pakaian mereka serupa dengan orang lain.

Mungkin itulah yang ingin dicapai oleh dua adik-beradik yang menjadi tular kerana memilih pakaian berwarna kuning diraja pada tahun ini.

Yang menarik perhatian ialah, kedua-dua adik lelaki ini kelihatan seperti ‘sultan kecil’ dan amat comel ketika video mereka pulang ke rumah dirakam oleh ahli keluarga.

Macam baru balik beraya dari Istana, dua beradik berbaju Melayu kuning Diraja raih perhatian ramai

Sudahlah memakai baju berwarna kuning diraja, mereka turut bersiap dengan tanjak! Mereka juga berjalan bersama-sama seperti Upin dan Ipin!

Baru balik istana ke tu…

Kebanyakan netizen berasa terhibur melihat dua beradik itu berjalan bersama-sama.

Antara komen-komen yang menarik perhatian adalah tentang bagaimana ibu bapa kedua beradik itu mendapat idea untuk memakaikan anak-anak mereka baju raya berwarna kuning diraja.

Malah, ramai yang berkata, pasti adik-adik ini akan dapat duit raya!

Baca Lagi:
Pemain Kelantan FC dedah Zamsaham bayar RM1,000 untuk 20 orang terawal sahaja, lepastu disuruh bersyukur
Balik kampung beraya, rumah Rafizi dipecah masuk 10 suspek
Individu ini teruk kena kecam selepas suruh puasa 30 hari sebab anak bulan dilihat guna teleskop
CATEGORIES