Lelaki kongsi saiz sebenar orang utan liar buat ramai meremang. Orang utan merupakan haiwan dari spesies keluarga beruk yang boleh dijumpai di Kepulauan Borneo seperti Sabah dan Sarawak.
Biasanya kita hanya dapat melihat orang utan di Zoo yang dikelilingi pagar atau sangkar.
Berbeza pula dengan Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Sarawak dimana orang utan tidak hidup dalam kurungan dan dapat bergerak bebas.
Selalunya, kita semua tidak dapat menjangkakan saiz sebenar orang utan memandangkan di zoo, haiwan itu berada jauh dari padangan mata.
Manakala orang utan dibawa berinteraksi dengan manusia di sesetengah kawasan pelancongan pula saiznya mungkin kelihatan agak kecil.
Jadi, sukar untuk kita mengagak saiz sebenar orang utan dalam persekitaran bebas haiwan tersebut.
Situasi itu dapat dilihat menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok, Fatha menerusi akaunnya, @fathadieyla92.
Ramai yang tidak tahu, Orang Utan dewasa mampu membesar sehingga ketinggian lebih daripada satu meter dan mampu hidup antara 30 hingga 40 tahun.
Hampir tinggi dengan seorang lelaki dewasa
Menerusi perkongsian Fatha, seekor orang utan jantan dilihat berada di atas jalan di pusat hidupan liar tersebut.
Saiznya yang besar dan mengagumkan itu mampu membuat orang ramai yang melihatnya gerun serta ketakutan.
Ada satu ketika, orang utan tersebut dilihat berdiri dan menyerlahkan lagi saiz badannya yang besar serta dipenuhi bulu lebat.
Menurut Fatha, orang utan berkenaan baru sahaja menyambut ulang tahun ke-25 pada bulan 12 tahun lepas.
βRaja di Pusat Hidupan Liar Semenggoh,β kata Fatha merujuk kepada orang utan berkenaan.
Kata Fatha, orang utan yang hidup secara bebas dan liar tidak boleh didekati sembarangan.
Menjawab pertanyaan di ruang komen, Fatha berkata mereka memerlukan tenaga antara lapan hingga 10 orang lelaki untuk mengawal orang utan berkenaan.
Pusat Hidupan Liar Semenggoh ditubuhkan pada 1975
Untuk maklumat, Pusat Hidupan Liar Semenggoh adalah merupakan Pusat Pemulihan Orang Utan terbesar di Sarawak.
Pusat itu telah ditubuhkan pada 1975 sebagai tempat perlindungan untuk Orang Utan yang cedera, yatim piatu atau ditangkap sebagai haiwan peliharaan haram.
Kini, pusat itu berfungsi sebagai habitat Orang Utan dan juga tempat untuk pengunjung mempelajari tentang spesies nadir yang terancam ini.
@fathadieyla92 Masa melawat dah habis..π€π #fyp #orangutan #today #wildlife #forestry #tiktok β¬ original sound – Fatha Adieyla