“Suami nak buat kejutan untuk isteri, terkejut balik rumah ada motor sepupu di rumah, rupanya..”

“Suami nak buat kejutan untuk isteri, terkejut balik rumah ada motor sepupu di rumah, rupanya..”

“Suami nak buat kejutan untuk isteri, terkejut balik rumah ada motor sepupu di rumah, rupanya..”. #Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Ni bukan fb asal saya. Saya just nak kongsi pengalaman hidup saya. Saya kenalkan diri saya sebagai Man sahaja dan isteri sebagai Wati. Kami telah pun berpisah pada bulan lepas.

Sayang, masjid kami hanya bertahan selama 2 tahun lebih saje. Hanya angkara SEPUPU isteri. Untuk pengetahuan semua sepupu dia lelaki, sepupu dia dan juga isteri saya satu tempat kerja. Masa awal perkahwinan hubungan saya, isteri dan sepupu dia tidak laa terlalu rapat tapi kadang – kadang tu ada laa berbual – bual sedikit.

Setelah setahun lebih kami masih belum dikurniakan anak. Mungkin belum rezeki. selepas hampir 2 tahun kahwin, per4ngai isteri saya sudah lain. Lain dari segi suka memuji sepupu dia dan selalu cerita mengenai sepupunya tu.

"Suami nak buat kejutan untuk isteri, terkejut balik rumah ada motor sepupu di rumah, rupanya.."

Bila sepupunya s4kit, isteri akan whatsapp bertanyakan khabar. Saya sebagai suami kadang – kadang berasa cemburu tapi bila tegur isteri akan cakap, ‘alaa, sepupu pun nak jealous ke?’ saya akur dan diam. Pernah juga beberapa kali mereka keluar makan tengahari sama – sama di tempat kerja.

Itu yang membuatkan saya lagi marah tapi bila saya ungkit hal ni pasti akan jadi satu perg4duhan yang besar. Macam biasa sebab alasan isteri ‘SEPUPU SAHAJA’. Walhal sebelum ni tak rapat pun. Hubungan saya dan isteri baik sahaja, saya tak pernah bersangka buruk tentang dia.

Semua yang dia cerita saya akan percaya. Bulat – bulat saya percaya sebab lakonan wanita mampu mengaburi mata lelaki. Dipendekkan cerita, isteri saya mengandung, semestinya saya sangat teruja, gembira. Sejak itu isteri kadang – kadang mual dan tak sihat sebab morning s1ckness. Kadang – kadang dia akan ambil MC sebab tak larat kerja.

Pada satu hari, isteri saya tak sihat dan kebetulan dia cuti pada hari tu, saya pula bekerja normal. Pagi tu saya pergi kerja dengan rasa bersalah sebab terpaksa kerja. Ikutkan hati mahu jaga isteri di rumah sahaja tapi memikirkan tanggungjawab nak cari nafkah untuk isteri dan anak kami nanti.

Pagi – pagi saya dah terfikir tengahari nak balik makan di rumah dengan isteri. Kalau dia tak larat masak pun saya boleh beli bawa balik. Saya whatsapp isteri tengahari nak balik makan, isteri cakap tak masak. Dia suruh saya makan di kantin sahaja, saya hanya reply okay sebab ingat nak supr1se balik bawakan makanan.

30 minit sebelum rehat saya dah tapau lauk dari kantin untuk dibawa balik ke rumah. PukuI 1 je saya terus cepat – cepat balik takut isteri tak makan lagi. Setibanya saya di rumah, alangkah terkejut ternampak motor sepupu isteri ada di rumah.
Namun saya masih bersangka baik, mungkin makcik isteri saya yang datang. Sebab makcik isteri tu tinggal dekat juga dengan kawasan rumah kami. Yang buatkan saya bersangka baik sebab pintu rumah terbuka, cuma grill je bermangga.

Bila saya masuk saja saya terdengar gelak tawa isteri dan suara lelaki di bilik atas. Saya cam suara sepupu isteri tu. Ini membuatkan hati saya luluh. Saya mahu saja serbu mereka tapi saya tak kuat. Saya takut lunyai muka sepupu dia saya kerjakan.

Jadi saya memilih untuk sabar. Saya ambil mangga di motor saya, saya tukarkan dengan mangga rumah. Saya kunci mereka di rumah dari luar. Mereka belum perasan lagi kehadiran saya. Saya terus call mak mertua saya, saya cakap urgent, suruh datang.

Saya suruh bawak makcik juga (mak sepupu) juga. Mak mertua bertanya kenapa? Saya terus matikan call. Saya pun duduk atas motor di hujung lorong rumah saya menunggu mak mertua dan makcik. Dalam masa 15 minit mereka berdua sampai. Mujur rumah mereka dekat.

Isteri masih hanyut di dalam rumah bersama sepupu. Makcik isteri saya terus tanya kenapa motor anaknya di rumah saya. Saya hanya diam dengan air mata berlinang dan tunduk. Mak mertua dan makcik terus istighfar, fahamlah mereka dengan apa yang terjadi.

Saya gagahkan lagi untuk call isteri. dia jawab. Saya terus cakap saya di bawah. dia menjerit ‘abang’ berulang kali sambil turun kebawah. Dia terk3jut melihat saya ada bersama mak dan makcik dia. Huru hara sekejap masa tu.

Sepupu dia beberapa kali minta maaf dekat saya tapi saya buat b0doh saja. Saya tenangkan hati, saya ajak duduk bincang. Kalau ikutkan hati saya nak tumbvk saja muka sepupu dia tapi saya fikir ada mak mertua dan makcik. Saya masih hormat mereka sebagai orang tua.

Setelah bawa berbincang baru mereka mengaku pernah beberapa kali terlanjur. Saya masa tu terus bangun dan dah ready tangan nak hayun dekat muka sepupu. Ketika tu saya tak boleh nak tahan marah lagi tapi yang buat saya kecewa apabila isteri berdiri depan sepupunya, dia pert4hankan lelaki tu dari ditvmbuk saya.

Bukan ke patutnya dia cuba peIuk saya dan tenangkan saya. Hanya Allah je tahu perasaan saya. Maka hari itu berakhirnya kisah hidup saya dan dia. Isteri merayu – rayu suruh rujuk balik sebab anak dalam kandungan tapi dalam pemikiran saya adakah anak saya atau anak sepupu dia. Apa patut saya lakukan? Hati ni masih sakit lagi.

Pesanan saya, jangan fikir ‘SEPUPU SAHAJA’ tak boleh jadi apa – apa. Sebab masing – masing ada nafsu, ada perasaan. Mungkin boleh suka secara tiba – tiba, tak kiralah laki ke perempuan, batas tetap kena jaga walaupun dengan sepupu. Terima kasih admin. -Man-

Komen Warganet :

Cik IrLia Hijazzi : Lepaskan sahaja dia. Anak? Buat DNA lepas bersalin. Jika itu anak awak, bagi nafkah anak. Jika bukan, abaikan. Isteri awak dalam golongan yang tak tahu apa itu syukur dan apa itu bahagia. Awak berhak bahagia.

Kalau isteri awak rasa bahagia, lepaskan. Itu adalah yang terbaik, awak pun tak kan dikata dayus. Berpendirianlah dengan ingati Allah. Dia? Awak abaikan selepas berterlanjur itu. Saya faham, erti terIuka, yang kecewa. Awak pilih bahagia awak, barakallah. Bertabah yer. InshaaAllah semoga dipermudahkan..

Nur Hana Ana : Zaman sekarang tak hairan la, kalau sepupu ke, adik beradik ke, kalau sy4itan dah masuk campur. Gini la jadinya. Hati – hati la pilih pasangan tak kira lah kaum hawa ataupun kaum adam. Ini dugaan untuk TT, memang s4kit.

Apa pun yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Mungkin bukan dia jodoh yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Semoga TT tabah dan kuat. Jangan lupa cek status anak tu nanti.

Baca Lagi:
Lelaki pecah rekod dunia, 8 tahun bina menara Eiffel guna 706,800 batang mancis
Dua individu terbunuh, jet peribadi terhempas di lebuh raya
Nak elak ‘trafik jem’ Tahun Baharu Cina, lelaki dan anak perempuan pandu kapal terbang balik kampung
CATEGORIES