Video anak PM8 tersebar selepas Muhyiddin komen pasal Nik Elin Zurina

Video anak PM8 tersebar selepas Muhyiddin komen pasal Nik Elin Zurina

Video anak PM8 tersebar selepas Muhyiddin komen pasal Nik Elin Zurina. Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 daripada 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada Jumaat masih lagi menjadi bualan hangat pada ketika ini.

Pada masa sama, keputusan itu turut menjadi isu yang dimainkan oleh pelbagai pihak termasuk dalam kalangan pemimpin politik sendiri.

Tidak terkecuali memberi pandangan mengenai isu tersebut ialah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Video anak PM8 tersebar selepas Muhyiddin komen pasal Nik Elin Zurina

Muhyiddin melalui satu kenyataan berkata, beliau amat berdukacita dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa 16 Seksyen terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan sebagai tidak sah.
Ujarnya, dengan keputusan itu, ia bakal menyebabkan perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam seperti menawarkan perkhidmatan maksiat, berkhalwat, sumbang mahram dan minum arak tidak lagi menjadi satu kesalahan bagi umat Islam di Kelantan.

Pandangan tersebut bagaimanapun menimbulkan kritikan dalam kalangan warganet.

Club tempat anak PM-8 jadi jockey memang jual air coca-cola je utk togak…

Balik dance terus Moslem priest jadi imam solat subuh kat surau berhampiran..

Mane ade maksiat… Muhyiddin Yassin kan anak kiyai..

Pada masa sama, seorang pengguna media sosial laman X (Twitter), @alif_haidar pula mengambil kesempatan memuat naik anak lelaki Muhyiddin sebagai disc jockey di kelab malam.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan anak lelakinya, Farhan Yassin Mahiaddin ataupun lebih dikenali dengan nama Moslem Priest dalam dunia hiburan sedang membuat persembahan di sebuah kelab malam.

Setakat berita ini ditulis, video yang dimuat naik itu sudah mendapat lebih 175 tanda suka dan 158 perkongsian di laman X.

Namun begitu tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi sebenar Moslem membuat persembahan tersebut.

Terdahulu, Majoriti melaporkan, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tampil menegur bekas Perdana Menteri itu susulan kenyataan dikeluarkannya berhubung keputusan pembatalan beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan pada Jumaat.

Ia selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa bahawa ketetapan Mahkamah Persekutuan itu bakal menyebabkan beberapa perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam tidak akan lagi menjadi satu kesalahan di negeri tersebut.

Menerusi satu ciapan ringkas di laman X, Fahmi menyifatkan bahawa kenyataan tersebut adalah berita palsu.

“Muhyiddin sebar fake news,” tulisnya.

Untuk makluman, Antara peruntukan Enakmen Syariah yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Jumaat ialah Seksyen 11 mengenai pemusnahan dan mencemarkan tempat ibadat (Seksyen 11), Seksyen 14 (liwat), Seksyen 16 (persetubuhan dengan mayat), Seksyen 17 (persetubuhan dengan bukan manusia) dan gangguan seksual (Seksyen 31).

Enakmen lain yang turut diisytihar tidak sah termasuk Seksyen 31 berkaitan memberi maklumat palsu, Seksyen 36 (mabuk), persediaan untuk melakukan maksiat (Seksyen 45) dan Seksyen 42 (penyalahgunaan label halal).

Keputusan itu dibuat ekoran daripada petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman yang memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 18 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan atas alasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bertindak melangkaui bidang kuasa.

Baca Lagi:
Lelaki kongsi saiz sebenar orang utan liar buat ramai meremang
“Suami nak buat kejutan untuk isteri, terkejut balik rumah ada motor sepupu di rumah, rupanya..”
Lorong Haji Taib terkenal dengan aktiviti yang bukan-bukan, ramai yang tak kenal siapa sebenarnya Haji Taib ini?
CATEGORIES