Lelaki ini ‘diselamatkan’ Tesla, kereta pandu sendiri sejauh 13 batu ke hospital

Lelaki ini ‘diselamatkan’ Tesla, kereta pandu sendiri sejauh 13 batu ke hospital

Lelaki ini ‘diselamatkan’ Tesla, kereta pandu sendiri sejauh 13 batu ke hospital. Seorang lelaki baru-baru ini berkongsi sebuah kisah benar di mana dia telah ‘diselamatkan’ oleh kereta elektrik (EV) Tesla semasa mengalami serangan jantung ringan pada 2 April yang lalu.

Max Paul Franklin berkata, dia sangat bersyukur kerana memiliki sebuah kenderaan dengan fungsi pemanduan automatik semasa kejadian tersebut berlaku.

“Kira-kira jam 2 pagi pada hari kejadian, saya mengalami masalah kesihatan yang teruk akibat dehidrasi dan paras glukosa dalam darah saya mencapai 670 akibat kegagalan fungsi pam insulin.

Lelaki ini 'diselamatkan' Tesla, kereta pandu sendiri sejauh 13 batu ke hospital

“Dalam keadaan yang genting dan masa yang terhad, saya terpaksa mendapatkan ‘bantuan’ daripada Model Y. Dengan mengaktifkan fungsi Pemanduan Sendiri Penuh (FSD) yang baru dikemaskini, saya terkejut dengan hasilnya.
“Tanpa memerlukan campur tangan, kereta itu memandu sendiri sejauh 13 batu dari rumah saya ke Jabatan Kecemasan VA. Malah, fungsi letak kenderaan sendiri sebaik saya tiba juga sangat membantu kerana membolehkan saya untuk mendapatkan rawatan dengan segera,” katanya melalui X.

Menurut Franklin, perjalanan ke hospital sambil menggunakan kenderaan yang dipandu secara automatik dianggap sangat lancar dan efisien.

“Sebagai pemilik pelbagai kenderaan mewah seperti Porsche, Mercedes, BMW, Acura, dan Cadillac, saya tanpa ragu-ragu mengisytiharkan Tesla sebagai puncak inovasi automotif pada masa ini.

“Keupayaan yang ditawarkan oleh Tesla dalam situasi kritikal yang melibatkan nyawa menonjolkan lagi keunggulannya. ‘Melompat’ dari sebuah kereta tradisional kepada Tesla dengan FSD adalah seperti menaik taraf dari telefon asas kepada telefon pintar,” katanya.

Oleh itu, Franklin berkata dia sangat berterima kasih dengan idea ‘gila’ dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Elon Musk dalam membangunkan teknologi yang bukan hanya untuk pengangkutan semata-mata.

“Saya sangat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh Elon Musk terhadap kecemerlangan dan inovasi. Beliau memberi impak yang sangat besar kepada dunia secara umum dan kepada saya secara khusus.

“Terima kasih kepada Tesla dan juga kepada pasukan VA Pusat Perubatan Charles George.”

Sementara itu, hantaran tersebut juga menarik perhatian Elon Musk, sebagai CEO Tesla Inc dan pelbagai lagi syarikat inovasi.

“Saya gembira bahawa FSD dapat membantu anda dalam situasi genting dan anda kini lebih baik,” kata Elon.

Menurut laman web Tesla, fungsi FSD membolehkan kereta Tesla untuk memandu sendiri hampir ke mana-mana destinasi dengan campur tangan minima daripada pemandu.

Fungsi tersebut terus diperbaharui dari semasa ke semasa, walaupun teknologi FSD pada hari ini masih memerlukan pengawasan aktif daripada pemandu.

Tesla menyatakan bahawa dengan keperluan pengawasan aktif daripada pemandu, ini bermakna Tesla bukanlah sebuah kereta dengan pemanduan automatik sepenuhnya.

Baca Lagi:
Malaysia bakal keluarkan padi tahan air masin
Ramai yang sebar kod QR minta duit raya, rupanya ini yang dianggap oleh orang ramai tanpa kita sedar
Balik kampung beraya, rumah Rafizi dipecah masuk 10 suspek
CATEGORIES