3 nama pemain bola sepak terkenal disebut dalam mahkamah tidur dengan wanita yang sama

3 nama pemain bola sepak terkenal disebut dalam mahkamah tidur dengan wanita yang sama

3 nama pemain bola sepak terkenal disebut dalam mahkamah tidur dengan wanita yang sama. Seorang pesohor media sosial yang menggelar dirinya ‘Devil Baby’ terlepas hukuman penjara selepas mengganggu dan mengintai tiga pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Memetik Kosmo!Online, Orla Melissa Sloan, 22, menggunakan 21 nombor telefon untuk mengganggu pemain tengah Chelsea, Mason Mount selama empat bulan antara 19 Jun dan 28 Oktober tahun lalu.

Dia turut mengintai bekas rakan sepasukan Mount, Billy Gilmour antara 10 September hingga 28 Oktober 2022, serta rakan sepasukan Mount, Ben Chilwell antara 20 hingga 29 Oktober 2022.

3 nama pemain bola sepak terkenal disebut dalam mahkamah tidur dengan wanita yang sama

Mount, 24, turut bimbang Melissa akan muncul di padang latihan kelab itu, manakala mesej yang dihantar wanita itu menyebabkan Gilmour, 22, tidak dapat tidur.

Di Mahkamah Majistret Westminster, Melissa didakwa meniduri Mount selepas mereka bertemu di sebuah parti di rumah rakan sepasukannya di England, Chilwell pada November 2020.

Pendakwa raya, Jason Seetal berkata bahawa Melissa dan Mount menjalinkan hubungan selama enam bulan sebelum pemain itu memilih untuk berpisah.

“Setelah memutuskan hubungan, Mount mula menerima banyak mesej. Dia meminta Melissa berhenti menghantar mesej sebelum menyekat nombor telefon itu.
“Mount kemudian menerima mesej daripada nombor baharu dan setiap kali dia menyekat nombor itu, dia akan menerima mesej daripada nombor telefon lain,” kata Seetal.

Mahkamah memutuskan bahawa Melissa perlu menjalani pemulihan selama 30 hari dan 200 jam kerja kemasyarakatan tanpa gaji. Dia juga mesti membayar Gilmour £500 (RM2,971), Mount dan Chilwell £300 (RM1,782) setiap seorang serta ditambah kos lain.

Wanita itu juga dihukum penjara 12 minggu yang digantung selama 18 bulan. Ia bermaksud Melissa tidak perlu menjalani hukuman penjara sekiranya berkelakuan baik sepanjang tempoh itu.

Baca Lagi:
Wanita boleh gelak bila rantai emas kena ragut, rupanya peragut kena tipu
5 undang-undang pelik di Malaysia, no.4 tu ramai yang selalu buat, boleh kena saman
1000 pekerja Grab bakal diberhentikan
CATEGORIES