KJ pula desak Zahid letak jawatan

KJ pula desak Zahid letak jawatan

KJ pula desak Zahid letak jawatan. Khairy Jamaluddin menjadi pemimpin Umno terbaharu yang menggesa Presidennya dan Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan kekalahan gabungan itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan ketua Umno Bahagian Rembau itu secara berkias berkata, panglima besar mesti mempunyai maruah untuk bertanggungjawab atas kekalahan dalam peperangan.

“Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

“Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi Umno tidak boleh ditangguh lagi,” tulisnya di Twitter.

KJ pula desak Zahid letak jawatan

Bekas menteri kesihatan itu antara nama besar yang tersungkur dalam PRU15. Beliau tewas dalam saingan tujuh penjuru di Parlimen Sungai Buloh dengan majoriti 2,693 undi.

Calon Pakatan Harapan, R Ramanan berjaya mempertahankan kerusi itu dengan 50,943 undi, menewaskan Khairy yang mendapat 48,250 undi.

Terdahulu, MCA dan MIC menyusul Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Raja, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad yang menggesa Zahid berundur.

Mereka berkata, Zahid perlu “berjiwa besar” seperti Najib Razak yang berundur selepas kekalahan BN pada PRU14.

Baca Lagi:
Zahid nafi BN runding dengan GPS tubuh kerajaan bersama PN
29 ahli Parlimen BN kecuali Zahid sudah tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10
Empat artis tewas PRU-15, satu hilang deposit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *