Empat artis tewas PRU-15, satu hilang deposit

Empat artis tewas PRU-15, satu hilang deposit

Empat artis tewas PRU-15, satu hilang deposit. Empat selebriti yang bersaing untuk menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) masing-masing tewas di kawasan ditandingi semalam.

Pengarah Datuk Jurey Latif yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan tewas di Lenggong dengan meraih 3,382 undi dalam saingan tiga penjuru, lapor Utusan Malaysia.

Calon Pejuang Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri pula hanya memperoleh 1,084 undi di Port Dickson, sementara Datuk Seri Eizlan Yusof dari parti sama hilang deposit di Sabak Bernam.

Azlan Sani Zawawi atau Lando yang juga mewakili Pejuang di Tanjong Karang mendapat 3,557 undi, tewas kepada Perikatan Nasional dalam pertandingan lima penjuru.

Empat artis tewas PRU-15, satu hilang deposit

Awal pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan tiada mana-mana parti memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada 219 kerusi dipertanding bagi peringkat Parlimen.

Baca Lagi:
GPS setuju gabungan BN, PN bentuk kerajaan, Muhyiddin calon PM
Lim Kit Siang cadang PH, PN dan blok Borneo bergabung, tapi Anwar sebagai PM10
Laungan ‘Undur Zahid, No DAP, No Anwar bergema di ibu pejabat UMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *