29 ahli Parlimen BN kecuali Zahid sudah tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10

29 ahli Parlimen BN kecuali Zahid sudah tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10

29 ahli Parlimen BN kecuali Zahid sudah tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10. Kesemua 29 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kecuali Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi didakwa menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menurut sumber, SD tersebut dipercayai ditandatangani pada malam tadi dengan diuruskan ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Tindakan ke semua ahli Parlimen berkenaan didakwa kerana tidak bersetuju dengan pendirian Presiden UMNO yang dipercayai ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.

29 ahli Parlimen BN kecuali Zahid sudah tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam kenyataan memaklumkan mana-mana ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen.

Hal tersebut selaras dengan undang-undang larangan Ali Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Baca Lagi:
GPS setuju gabungan BN, PN bentuk kerajaan, Muhyiddin calon PM
Empat artis tewas PRU-15, satu hilang deposit
Laungan ‘Undur Zahid, No DAP, No Anwar bergema di ibu pejabat UMNO
CATEGORIES