Zahid nafi BN runding dengan GPS tubuh kerajaan bersama PN

Zahid nafi BN runding dengan GPS tubuh kerajaan bersama PN

Zahid nafi BN runding dengan GPS tubuh kerajaan bersama PN. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan Barisan Nasional (BN) pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi BN itu turut menegaskan, tiada sebarang rundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud adanya persefahaman penubuhan kerajaan bersama gabungan tersebut.

“Dalam pada itu, kesemua Ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah menandatangani aku janji dan memberikan mandat kepada saya selaku Presiden (UMNO) untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

Zahid nafi BN runding dengan GPS tubuh kerajaan bersama PN

“Sehubungan itu, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Zahid nafi BN runding dengan GPS tubuh kerajaan bersama PN

Terdahulu, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata mereka bersetuju membentuk Kerajaan Persekutuan menerusi kerjasama dengan tiga lagi gabungan iaitu PN, BN, dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, keputusan membentuk kerajaan campuran itu dibuat demi mengukuhkan dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat.

Katanya, GPS juga bersetuju Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Baca Lagi:
29 ahli Parlimen BN kecuali Zahid sudah tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10
GPS setuju gabungan BN, PN bentuk kerajaan, Muhyiddin calon PM
Laungan ‘Undur Zahid, No DAP, No Anwar bergema di ibu pejabat UMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *