8 tahun sudah berlalu, 12 orang crew MH370 dikesan di page AFN Diego Garcia. Tragedi hitam 8 tahun dahulu yang berlaku masih belum terungkai hingga kini, seramai 235 orang di dalam pesawat malang Boeing 777-200 masih belum ditemukan jasadnya, walaupun hanya serpihan bangkai pesawat.
Kehilangan MH370 ini memang sungguh misteri bukan sahaja tragik, tetapi juga menjadi teka-teki yang belum terungkai hingga kini, dengan 235 orang di dalam pesawat malang Boeing 777-200 masih belum ditemukan jasadnya, walaupun hanya serpihan bangkai pesawat.
Menurut teori konspirasi yang berlegar, ada dakwaan bahawa pesawat itu telah disabotaj atau dihijack oleh pihak perisik yang dikatakan dilancarkan oleh tentera Amerika Syarikat.
Kisah mengenai buah manggis juga menjadi isu dalam teori konspirasi tersebut. Mengikut teori yang tersebar sebelum ini, tentera Taliban dikatakan telah menembak jatuh sebuah pesawat dron milik Amerika Syarikat yang boleh dikawal dari jauh. Taliban kemudian mendakwa kejayaan menembak jatuh pesawat tersebut sebagai satu kemenangan atas AS dan teknologi mereka yang kononnya 20 tahun lebih maju.
Namun, setelah memeriksa serpihan pesawat, Taliban didakwa telah menemui teknologi yang dikatakan sebagai “buah manggis”. Dalam teori tersebut, Taliban berhasrat untuk menjual teknologi ini dengan harga yang tinggi untuk memperoleh modal peperangan.
Walaupun Russia didakwa telah memberi maklum balas tentang perkara itu kepada Taliban, namun akhirnya China dikatakan berjaya membeli “buah manggis” tersebut. China menghantar beberapa orang saintis untuk berurusan dengan perkara tersebut, dan semasa transit di KLIA untuk menuju ke Beijing, beberapa perisik dikatakan telah berjaya menaiki pesawat MH370.
Kemudian, pesawat MH370 dilaporkan dirampas, bersama-sama dengan “buah manggis” yang dicari oleh Amerika Syarikat. Buah manggis ini dikatakan disimpan di lokasi rahsia di sebuah ibu kota Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan selepas 8 tahun kehilangan pesawat tersebut, kini cerita MH370 kembali menjadi viral. 12 orang kru MAS dikatakan muncul di halaman Facebook yang dipanggil AFN Diego Garcia. Diego Garcia merupakan sebuah wilayah tentera yang hanya didiami oleh tentera dan beberapa kakitangan yang bekerja dengannya.
Di halaman Facebook tersebut, terdapat beberapa posting yang menunjukkan wajah individu Melayu yang hilang, di mana identiti mereka dirahsiakan. Wajah-wajah ini seolah-olah mirip dengan kru MAS yang hilang.
Antara posting krew MAS di halaman AFN Diego Garcia
Antara wajah-wajah krew MAS lain yang muncul di halaman facebook AFN Diego Garcia
Tidak pun korang pergi sendiri page AFN Diego Garcia buat penilaian.