Kes saman A Aida, Amelia Henderson kena bayar RM200k

Kes saman A Aida, Amelia Henderson kena bayar RM200k

Kes saman A Aida, Amelia Henderson kena bayar RM200k. Status terkini berkenaan kes saman A Aida dan Amelia Henderson kini menemui keputusan daripada Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur yang memerintahkan pelakon dan pengacara, Amelia Henderson untuk membayar RM213,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan A Aida Production Sdn Bhd.

Jumlah tersebut merangkumi kos deposit, ganti rugi am fitnah, ganti rugi kos penggambaran dan kos tindakan dengan faedah lima peratus tahunan.

Memetik laporan portal berita, Hakim, Zulqarnain Hassan juga memutuskan supaya pelakon itu atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, 28, memohon maaf dan memadam video di Instagram mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.

Kes saman A Aida, Amelia Henderson kena bayar RM200k

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan saman dikemukakan syarikat terbabit terhadap Amelia berhubung isu kontrak sebuah drama, Sekali Lagi Cinta Kembali, tahun lalu.

Kini, tular video maklum balas daripada pihak Amelia mengenai luahan dia selepas menerima keputusan mahkamah.

Rata-rata peminat masih percaya ada sinar di sebalik apa yang telah berlaku dan mendakwa bahawa pelakon ini berani memegang teguh kepada dirinya kerana percaya bahawa dia melakukan perkara yang wajar sebagai seorang pelakon yang mempunyai prinsip dalam mempersembahkan sebarang lakonan yang diterima.

Kes saman A Aida, Amelia Henderson kena bayar RM200k

Kes saman A Aida, Amelia Henderson kena bayar RM200k

Kes saman A Aida, Amelia Henderson kena bayar RM200k

Bagaimanapun, ada juga warganet yang berpendapat bahawa perkara ini seharusnya dapat diselesaikan di luar mahkamah tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos serta mendakwa bahawa Amelia seolah-olah ego serta tidak mahu memohon maaf seperti pelakon lain yang juga terlibat iaitu Idris Khan.

Kes saman A Aida, Amelia Henderson kena bayar RM200k

Terdahulu perbicaraan kes ini bermula pada 1 November tahun lalu di mana seramai 3 saksi daripada plaintif termasuk Datuk A Aida sendiri manakala 3 saksi defendan termasuk pelakon berusia 28 tahun itu telah memberi kenyataan.

Kes saman A Aida, Amelia Henderson kena bayar RM200k

Pengurus produksi A Aida Production, Fazeyla Ahmad, 42, ketika perbicaraan berlangsung memberitahu mahkamah bahawa syarikat itu terpaksa menanggung kerugian disebabkan Amelia melanggar perjanjian.

Bagaimanapun, aktres itu tetap menafikan telah melakukan perkara yang disebut ketika menerima tawaran membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Dalam pada itu, A Aida menitiskan air mata selepas menang kes saman ini dan akui berasa lega kerana yakin dia berada di pihak yang benar sejak awal lagi.

Bagaimanapun, orang ramai diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi melulu serta menghormati apa jua keputusan mahkamah.

Semoga segala persengketaan dapat diselesaikan dengan cari yang baik di antara kedua-dua belah pihak.

Baca Lagi:
Taska didakwa abaikan kanak-kanak dalam bilik isolasi diarah tutup sementara
TMJ jumpa buaya besar ketika berenang di pantai depan istana
Dukun Mbah Slamet popular boleh gandakan duit, setiap kali pelanggan mahu gandakan duit dibunuh dan ditanam dalam kebun
CATEGORIES