TMJ jumpa buaya besar ketika berenang di pantai depan istana

TMJ jumpa buaya besar ketika berenang di pantai depan istana

TMJ jumpa buaya besar ketika berenang di pantai depan istana. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tengah malam tadi mengejutkan orang ramai apabila berkongsi pengalaman ngeri bertembung dengan seekor buaya ketika berenang di pantai.

Menerusi ciapannya di Twitter itu, TMJ juga memaklumkan bahawa lokasi tersebut dikatakan berlaku di hadapan istana.

“Pergi berenang di hadapan rumah. Sejam kemudian, ‘kawan’ berenang melaluinya,” katanya menerusi ciapan tersebut.

TMJ jumpa buaya besar ketika berenang di pantai depan istana

Orang ramai yang terkejut dengan perkongsian tersebut turut menzahirkan kerisauan berikutan haiwan itu terkenal dengan sifat ganas terutamanya jika rasa terancam.

“Jangan main-main Tuanku, risau tengok. Alhamdulillah selamat satu keluarga, jaga diri Tuanku,” kata seorang pengikutnya.

“Bahaya betul Tuanku, nasib nampak awal-awal. Akhir ni macam banyak pula kes buaya laut masin,” balas Zatie.

Sementara itu, ada juga yang berkongsi pernah bertemu dengan reptilia tersebut di lokasi berbeza.

“Kat belakang Danga Bay pun ada Tuanku,” kata Mr Farid.

Baca Lagi:
Pelik! Bank dah tak terima duit syiling?, lelaki terpaksa ‘mengusung’ balik tabung syiling seberat 4 kilo bawa balik rumah
Dua anak gadis dirogol depan ibu sendiri, bomoh dakwa boleh nampak jin kalau buka baju
Netizen persoal mana tauliah Anwar ceramah dalam masjid?, rupanya ini yang sebenarnya berlaku
CATEGORIES