Dukun Mbah Slamet popular boleh gandakan duit, setiap kali pelanggan mahu gandakan duit dibunuh dan ditanam dalam kebun

Dukun Mbah Slamet popular boleh gandakan duit, setiap kali pelanggan mahu gandakan duit dibunuh dan ditanam dalam kebun

Dukun Mbah Slamet popular boleh gandakan duit, setiap kali pelanggan mahu gandakan duit dibunuh dan ditanam dalam kebun. Ngeri! Itu sahaja yang mampu diungkapkan apabila seorang bomoh atau dukun pengganda wang dikenali sebagai ‘Mbah Slamet’ yang disyaki membunuh 10 orang pelanggan sejak 2020 ditahan polis di Jawa Tengah pada Sabtu lepas.

Slamet Tohari, 45, ditahan di rumahnya di Desa Balun, Wanayasa, Banjarnegara bersama seorang pembantunya yang mempromosikan perkhidmatan penggandaan wang di media sosial.

Kegiatannya terbongkar apabila Polis Banjarnegara menjalankan siasatan berhubung kehilangan mangsa terakhir yang gagal dihubungi keluarga sejak 24 Mac lepas.

Dukun Mbah Slamet popular boleh gandakan duit, setiap kali pelanggan mahu gandakan duit dibunuh dan ditanam dalam kebun

Ketua Polis Banjarnegara Hendri Yulianto berkata mangsa memaklumkan sedang berada di rumah Mbah Slamet kepada anaknya melalui pesanan WhatsApp.

“Mangsa dari Sukabumi, Jawa Barat berpesan agar menghubungi polis jika beliau masih belum pulang selepas 26 Mac,” katanya.

Bertindak atas laporan, polis menemukan mayat mangsa dipercayai akibat diracun, di ladang Desa Balun serta penemuan tiga kubur mangsa lain yang majoriti dari luar Banjarnegara termasuk dari Palembang.

@diary.juliette Membalas @misslinn02 REKAMAN SUARA KORBAN TERAKHIR NYW MBAH SLAMET ,YANG SUDAH MEMPUNYAI FIRASAT BAHWA MALAIKAT MAUT BEGITU DEKAT😭😭#dukunslamet #dukunpenggandaanuang #pembunuhandukun #mbahslametdukun #banjarnegara #pembunuhanberantai #banjarnegara #dukunpalsu #mbahslamet #penggandaanuang #indonesiakriminal #viral #pyf #fypã‚· #fyp ♬ suara asli – juliette’s story

Sebanyak 10 mayat dipindahkan pihak berkuasa setakat ini.

Kesemua mangsa diperdaya Mbah Slamet yang kononnya mampu menggandakan wang daripada 40 juta rupiah (RM11,822) kepada lima bilion rupiah (RM1.5 juta).

Kes disiasat di bawah Perkara 340 Kanun Jenayah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun penjara.

Baca Lagi:
Rezeki terpijak akak cleaner terjumpa syiling lama tahun 1930 bernilai RM177,200 sekeping
Satu kampung batal puasa, pengurusan masjid mohon maaf laung azan maghrib awal 2 minit
Pakar bius kantoi rogol pesakit selepas bius dirakam cctv
CATEGORIES