Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab

Photo of author

By Joe

Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab. Siri komedi Mr. Bean sudah menjadi sinonim dalam seluruh lapisan masyarakat di seluruh dunia. Dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, kita masih terhibur dengan watak Mr. Bean yang kelakar. Bukan tu je, watak-watak yang dibawa oleh Rowan Atkinson dalam filem or siri lain pun kelakar juga seperti Johny English, Maigrets dan sebagainya.

Namun, kami nak borak sikit mengenai satu episod dalam Mr. Bean iaitu ‘Playing GOLF‘. Rasa-rasanya ramai dah tahu babak tu, di mana Mr. Bean memukul bola sampai masuk ke dalam ekzos kereta berjenama Malaysia—Proton Saga. Tapi en…korang tak pelik ke macam mana kereta Malaysia tu boleh ada di UK, sedangkan ia dari Malaysia?

Jagi kami bakal merungkaikan perkara ni.

Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab

Baiklah, kalau nak tahu…

Proton pernah meluaskan pasaran kereta di UK
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
Proton Saga first model (1985)

Seperti yang kita tahu, Proton Saga ialah sebuah kereta Malaysia, hasil dari idea Tun Dr. Mahathir. Ia mula dikeluarkan pada 9 Julai 1985 dan rupa bentuk kereta itu diinspirasikan dari Mitsubishi Lancer Fiore serta mempunyai enjin 1.3-litre 4G13 Orion II. Masa ni, ia seperti satu fenomena dan kejayaan bagi Malaysia dalam industri automobil.

Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
Nampak sama tapi bukan dia

Syarikat Proton ni boleh dikatakan pelopor utama la dalam industri automobil ni. Pasaran kereta mereka pun semakin lama semakin meningkat, hari demi hari, bulan berganti bulan, aku tetap mencintaimu (gurau je). Tapi serious-serious, Proton ni memang hebat la sebab mereka meluaskan pasaran di luar negara.

Pada 23 November 1987, Pengerusi Perusahaan Otomobil Nasional, Tan Sri Jamil Jan dan Pengerusi Proton Cars (UK) Ltd., David Alan Brown telah menandatangani perjanjian untuk meluaskan pasaran kereta Proton Saga di luar negara:

    • United Kingdom.
    • Eire.
    • The Isle of Man.
    • The Channel Islands.

Masa tu, Proton Cars (UK) Ltd dikatakan mengimport 5000 unit saga setahun dan bilangannya ditambah kepada 14000 unit pada akhir tahun kelima ia diimport.

Menurut Tan Sri Jamil semasa menandatangani perjanjian, ia merupakan satu inisiatif yang diusahakan supaya Malaysia boleh maju dalam industri yang berpaksikan kejuruteraan.

Bukan sahaja memberikan peluang kepada industri tempatan dalam mengeluarkan komponen Proton Saga, malah peluang pekerjaan juga akan meningkat sama.

Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
Proton Showroom di UK

Kereta Proton Saga yang diimport ke UK tu mempunyai enam variasi dan dua bentuk model—Sedan dan Sport Sedan. Ia diubahsuai untuk mengikut piawaian keselamatan serta kawalan gas buangan selain dari pemasangan tali keledar di bahagian belakang. Oh ye, lampunya juga diubah suai serta sistem kawalan enjin.

Jadi, sebab itulah Proton Saga boleh muncul dalam siri Mr. Bean tu. Eh jap belum habis lagi artikel ni, rilek jap banyak lagi kami nak explain ni. Tahukah korang…

Proton Saga menjadi kegemaran orang UK sampai menang anugerah

Boleh dikatakan penjualan kereta Proton di UK ni agak memberangsangkan. Nak tahu kenapa? Practice Classics (penggemar kereta lama) dalam Facebook postnya mengatakan kereta dengan harga rendah tak bermakna kereta tu tidak berkualiti atau tidak boleh dipercayai— Proton Saga.

Ramai juga orang UK yang memuji keluaran kereta Proton ni, antaranya:

Nama Proton Saga sebenarnya bukan berasal dari nama biji saga

Sebenarnya nama Proton Saga ni bukanlah terinspirasi dari biji saga tau. Kalau nak tahu, tercetusnya nama Saga ni apabila Proton membuat pertandingan mencari nama model pertama kereta mereka dan ia telah menarik ramai perhatian masyarakat Malaysia kerana mereka menerima 102,823 penyertaan.

Kalau dah beratus ni memang banyak la nama yang keluar, tapi keputusan akhir, Proton memilih tiga nama: Saga, Perdana dan Gagah. Akhirnya, mereka memilih Saga sebagai nama model pertama kereta. Oh ye bukan sorang je yang bagi cadangan nama Saga ni tapi 11 orang.

Kisah nama Saga ni bermula dari seorang sarjan bernama Sarjan Ismail Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Divisyen, Pulau Pinang. Pada waktu itu, beliau sedang melepak dan bermain sahibah bersama rakan-rakannya dan beliau menyusun perkataan ‘SAGA’ iaitu kalau maksud dalam bahasa Inggeris—kisah yang panjang mengenai seseorang hero (agak janggal ayatnya tapi ni nak buat cemana).

Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab

Daripada situ, beliau mendapat idea untuk memberikan maksud untuk setiap perkataan:

  • S: Safety, Stability.
  • A: Achivement.
  • G: Greatness.
  • A: Ability.

Jadi, dari situlah datangnya nama Proton Saga itu dan beliau dipilih sebagai pemenang bagi pertandingan itu.

Pengajarannya di sini, kalau korang ada idea menarik jangan simpan buat perkasam, tapi cuba kembangkan sampai ia menjadi satu kenyataan.

Baca Lagi:
Penyanyi terkenal Jamal Abdillah tarik diri sertai Muafakat Nasional
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran