Penyanyi terkenal Jamal Abdillah tarik diri sertai Muafakat Nasional

Penyanyi terkenal Jamal Abdillah tarik diri sertai Muafakat Nasional

Penyanyi terkenal Jamal Abdillah tarik diri sertai Muafakat Nasional. Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah memaklumkan menarik diri daripada menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) berikutan faktor dunia politik yang dilihat tidak sesuai dengan prinsip dirinya sebagai penghibur.

Menurut laporan sebuah portal berita, Jamal berkata, ramai peminatnya turut menyuarakan pandangan mengenai perkara tersebut dan berharap agar beliau menarik diri daripada berkecimpung dalam politik.

Penyanyi terkenal Jamal Abdillah tarik diri sertai Muafakat Nasional

“Saya dengan rasa rendah diri ingin menarik diri dan politik tidak sesuai dengan prinsip saya sebagai penghibur.

“Saya menginginkan semua orang menyukai saya yang mana, peminat saya juga berada dalam parti-parti politik, sedangkan ramai meminta saya menarik diri.

“Keluarga, sahabat dan peminat-peminat mohon saya melakukan itu. Saya pun berpendapat lebih baik saya neutral dan kalau ingin melontarkan pandangan, biarlah dengan cara yang tersendiri,” katanya pada Ahad.

Pada Khamis, Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Jamal antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN.

Selain Jamal, pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera turut dilantik Ahli Dewan Tertinggi MN.

Baca Lagi:
Negara Qatar menjadi kaya bukan sebab dari penemuan minyak dan gas asli
Selalu mimpi ibu mertua bagi anjing hitam kat bilik tidur, minta tolong ustaz scan dari jauh akhirnya terbongkar
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
CATEGORIES