Tragedi tanah runtuh: “Saya hilang 4 ahli keluarga serta merta”

Tragedi tanah runtuh: “Saya hilang 4 ahli keluarga serta merta”

Tragedi tanah runtuh: “Saya hilang 4 ahli keluarga serta merta”. Itu luahan warga emas Beh Su Lee 56 , ibu kepada mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali.

Dia bukan setakat kehilangan anak perempuan yang berusia 35 tahun, tetapi juga menantu 34 dan dua cucu masing masing berusia satu dan enam tahun.

Ini kunjungan kali kedua Su Lee ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB).

Tiga identiti ahli keluarganya sudah dikenalpasti semalam manakala seorang lagi diketahui hari ini.

Tragedi tanah runtuh: "Saya hilang 4 ahli keluarga serta merta"

“Saya kehilangan empat ahli keluarga, anak perempuan, menantu lelaki dan dua cucu,” katanya terlalu sebak sehingga terpaksa dipapah ahli keluarga.

Kesemua mayat ahli keluarganya dituntut jam 1.25 petang tadi menggunakan dua kenderaan Pusat Peringatan Nirvana.

Setakat jam 2.30 petang ini, 21 mayat mangsa telah dituntut waris masing-masing .

Hanya baki 3 lagi mayat masih berada di Jabatan Forensik HSB.

Pengamal media masih menunggu kemas kini dan maklumat lanjut daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Baca Lagi:
Akuarium silinder terbesar di dunia pecah, ratusan ikan tropika mati
Lelaki guna alat pemotong besi potong mangga tabung masjid
Jarang nampak dikaca tv sekarang, ini keadaan terkini Salih Yaacod setiap hari makan telur goreng dan sardin
CATEGORIES