Kapal pemusnah peluru berpandu AS mula berlayar di Selat Taiwan jadi tanda tanya orang ramai

Kapal pemusnah peluru berpandu AS mula berlayar di Selat Taiwan jadi tanda tanya orang ramai

Kapal pemusnah peluru berpandu AS mula berlayar di Selat Taiwan jadi tanda tanya orang ramai. Kapal pemusnah peluru berpandu Arleigh Burke USS Milius belayar menelusuri Selat Taiwan pada Ahad, dalam apa yang disifatkan Tentera Laut AS sebagai transit “rutin”, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

“Tentera Amerika Syarikat beroperasi di mana-mana yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.

“Kapal itu belayar melalui koridor di Selat yang tidak menceroboh mana-mana negara.

Kapal pemusnah peluru berpandu AS mula berlayar di Selat Taiwan jadi tanda tanya orang ramai

“Transit Milius melalui Selat Taiwan menunjukkan komitmen Amerika Syarikat terhadap Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” menurut Armada Ketujuh Tentera Laut AS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Tentera Laut AS menelusuri selat itu sekitar sebulan sekali dan kerap menjalankan misi pelayaran di Laut China Selatan.

Transit Milius pada Ahad berlaku seminggu selepas China melaksanakan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan dari 8 sehingga 10 April, yang mana berpuluh-puluh kapal terbang dan kapal perang China melintasi garis tengah Selat Taiwan dan melewati barat daya zon pengenalan pertahanan udara Taiwan (ADIZ).

Latihan itu adalah satu daripada beberapa langkah yang diambil Beijing sebagai tindak balas terhadap pertemuan Presiden Tsai Ing-wen dengan Speaker Dewan Perwakilan AS Kevin McCarthy di California pada 5 April.

Baca Juga : 

Kroni Tun Dr Mahathir, Tan Sri Lee Kim Yew diisytihar muflis Mahkamah Tinggi Shah Alam
Kisah Azura Luna perempuan yang tipu anak Presiden AS Joe Biden hingga diburu Interpol
Berbuka puasa di tepi tanah perkuburan berlaku di Kelantan
CATEGORIES