Berbuka puasa di tepi tanah perkuburan berlaku di Kelantan

Berbuka puasa di tepi tanah perkuburan berlaku di Kelantan

Berbuka puasa di tepi tanah perkuburan berlaku di Kelantan. Penduduk di Kampung Alor Hijau di sini, mengambil pendekatan mengadakan majlis berbuka puasa di tanah perkuburan bagi mengeratkan silaturahim sanak saudara yang masih hidup.

Pengarah program, Tuan Wi Tuan Ya berkata, ia merupakan acara tahunan mereka bagi memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Berbuka puasa di tepi tanah perkuburan berlaku di Kelantan

“Peluang ini kami gunakan untuk berkumpul serta mengadakan tahlil secara beramai-ramai sebelum berbuka puasa.
“Walaupun ada dalam kalangan ahli keluarga yang telah meninggal dunia, tetapi hubungan antara kami masih lagi kekal terjalin,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berhasrat menjadikan program ini sebagai acara tahunan setiap kali Ramadan bagi mengeratkan silaturahim.

Tuan Wi memberitahu, mereka tidak mahu generasi muda hanya menziarahi kubur apabila tiba Syawal sahaja.

“Saya mahu amalan menziarahi pusara ini dilakukan secara berkala,” katanya.

Baca Lagi:
Patutlah View Chin sanggup bagi hadiah kereta mewah, rupanya ini latar belakang Mira bukan calang-calang orang
Plot twist: Akhirnya View Chin dedah pasal Ahmoi selepas kantoi cium dengan Mira
Suami bohong anak bagitahu ibu terkorban dalam serangan bom, rupanya dicerai sebab isteri cacat hilang kaki paras peha
CATEGORIES