“Jenis pekak badak susah juga”- Pemandu Myvi ‘teh ais’ dikecam orang ramai halang ambulans bawa pesakit

“Jenis pekak badak susah juga”- Pemandu Myvi ‘teh ais’ dikecam orang ramai halang ambulans bawa pesakit

“Jenis pekak badak susah juga”- Pemandu Myvi ‘teh ais’ dikecam orang ramai halang ambulans bawa pesakit. Menjadi satu amalan biasa bagi warga tempatan untuk memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis, bomba, dan sebagainya.

Namun, masih ada segelintir individu yang degil apabila sanggup tidak memberikan kerjasama bahkan menghalang laluan ambulans.

Kejadian serupa juga berlaku kepada sebuah kenderaan ambulans yang sedang membawa pesakit ke hospital di Pulau Pinang.

"Jenis pekak badak susah juga"- Pemandu Myvi 'teh ais' dikecam orang ramai halang ambulans bawa pesakit

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menuju ke Pulau Pinang.

Menurut video yang dikongsikan oleh Hazwan Rosly di Facebook, ambulans terbabit telah menggunakan siren sebagai isyarat untuk meminta pengguna jalan memberikan laluan.
Walaupun siren telah dibunyikan, sebuah kenderaan Myvi berwarna coklat yang berada di lorong tidak memberi laluan dan terus memotong jalan ambulans.

Kenderaan tersebut hanya terus berada di lorong yang sama tanpa mengendahkan kedatangan ambulans di belakangnya.

Menurut Hazwan, semasa kejadian itu, ambulans membawa seorang pesakit yang juga bapa kepada seorang rakannya dari Perak ke Pulau Pinang.

“Ketika dalam perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Pulau Pinang, Myvi ini menghalang ambulans dan tidak memberi laluan,” ujarnya.

Dalam hantaran yang sama, Hazwan turut berkongsi nombor pendaftaran kenderaan tersebut dan menggelarkannya sebagai ‘Myvi Teh Ais’.

Video yang menunjukkan sikap pemandu Myvi Teh Ais itu turut menjadi viral di laman sosial.

Perkara tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan banyak orang marah dengan sikap pemandu tersebut yang hanya mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain.

"Jenis pekak badak susah juga"- Pemandu Myvi 'teh ais' dikecam orang ramai halang ambulans bawa pesakit

"Jenis pekak badak susah juga"- Pemandu Myvi 'teh ais' dikecam orang ramai halang ambulans bawa pesakit

Ramai turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemandu Myvi yang kurang ajar itu.

Baca Lagi:
Puasa tak penuh ketika bulan Ramadan tapi buat puasa 6 Syawal, boleh ke? Ini penjelasan Mufti
Ini senarai pekerjaan yang paling banyak & kurang diminta di Malaysia
“Kami kahwin aturan keluarga, awal-awal mak dah tipu isteri aku, dah 2 tahun aku tunggu nak anak tapi isteri aku tetap tolak sebab takut kacau kerja dia sebagai pramugari”
CATEGORIES