Isteri terbakar dalam kereta, suami tampil cerita hal sebenar yang terjadi

Isteri terbakar dalam kereta, suami tampil cerita hal sebenar yang terjadi

Isteri terbakar dalam kereta, suami tampil cerita hal sebenar yang terjadi. Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai sebuah hantaran video memaparkan nahas yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Sedenak, Johor.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dilihat hanya mampu meraung melihat isterinya terperangkap di dalam kereta yang sedang terbakar dimamah api marak.

Terkini, suami kepada mangsa, Redzuan Jamil memaklumkan dia cuba untuk menyelamatkan isterinya ketika api marak namun ditarik oleh orang awam.

Isteri terbakar dalam kereta, suami tampil cerita hal sebenar yang terjadi

Malah, lebih menyayat hati apabila mangsa, Allahyarham Nurul Nazihah sempat meminta suaminya untuk menyelamatkan diri terlebih dahulu.

Awak keluar dahulu.

Menurut Redzuan, dia hanya menyedari terdapat impak dari belakang dan mendapati sebuah lori telah melanggar tiga buah kereta termasuk kenderaan miliknya.

Isteri minta saya keluar dari kereta memang ada satu jalan dari cermin atas kepala jadi dia kata awak keluar dahulu.

Tambahnya lagi, sejurus keluar dari kenderaan, dia cuba untuk menyelamatkan isterinya dengan memecahkan cermin hadapan dan menariknya dari bahagian hadapan namun tidak berjaya.

Saya cuba kopak pintu penumpang pula tapi dia tak boleh keluar sebab kaki tersepit di dashboard. Masa tu kereta saya pula meletup kemudian api mula marak.
@kosmoonline“Awak keluar dahulu,” antara kata-kata terakhir Allahyarham Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28 kepada suaminya Redzuan Jamil, 28 yang terselamat dalam kemalangan maut di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak di sini malam tadi.

♬ original sound – Kosmo!

Baca Lagi:
Setelah tular isu Cikgu Fadli, PM telefon ketua pengarah pendidikan
Kongsi rahsia menang jakpot Magnum 4D, wanita Sarawak ini siap tunjuk bukti menang RM13.59 juta
Duit tersilap masuk RM49.2 juta dalam akaun bank, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah, akhirnya ini yang terjadi
CATEGORIES