Setelah tular isu Cikgu Fadli, PM telefon ketua pengarah pendidikan

Setelah tular isu Cikgu Fadli, PM telefon ketua pengarah pendidikan

Setelah tular isu Cikgu Fadli, PM telefon ketua pengarah pendidikan. Perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob berharap isu membabitkan cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Fadli’ dan Kementerian Pendidikan dapat diselesaikan secara baik.

Dia memaklumkan sudah menghubungi Ketua Pengarah Pendidikan Pkharuddin Ghazali (gambar, bawah) pagi tadi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu berkenaan.

“Saya menelefon ketua pengarah pendidikan (Pkharuddin) mengenai guru yang tersebar yang viral di dalam media sosial tentang kononnya tindakan akan diambil terhadap beliau seperti dipecat atau diturunkan pangkat digantung dan sebagainya.

“Jadi insya-Allah, surat tunjuk sebab itu memang perkara biasalah di dalam jabatan kerajaan, tapi esok jawatankuasa disiplin akan bermesyuarat dan keputusan akan dibuat selepas itu.

Setelah tular isu Cikgu Fadli, PM telefon ketua pengarah pendidikan

“Insya-Allah apa yang digambar dalam surat itu tidak akan berlaku, tapi saya tak nak mendahului jawatankuasa disiplin dipengerusikan KSU (ketua setiausaha kementerian, Yusran Shah Mohd Yusof), tetapi insya-Allah, perkara yang positif akan dapat kita dengarlah esok selepas mesyuarat,” katanya ketika ditemui media selepas program Moh Ngeteh Bersama Masyarakat India Parlimen Bera di Bera, petang tadi.

Semalam, seorang guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh mendakwa bakal dikenakan tindakan buang kerja kerana menyuarakan isu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melibatkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Mohd Fadli (gambar, bawah) mendakwa tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan dia tidak pernah terlibat dalam sebarang masalah disiplin atau dengan ibu bapa pelajar sekolah.

Dia turut berkongsi gambar surat bertarikh 22 September lalu yang menyatakan dia berdepan tindakan tatatertib sama ada dibuang kerja atau turun pangkat.

Setelah tular isu Cikgu Fadli, PM telefon ketua pengarah pendidikan

Isu itu turut mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin yang mahu berjumpa Mohd Fadli.

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh.

“Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya malam tadi.

Mohd Fadli melalui satu hantaran melalui akaun Facebook miliknya memaklumkan mengenai hasrat Mohd Radzi (gambar, bawah) untuk berjumpanya.

Setelah tular isu Cikgu Fadli, PM telefon ketua pengarah pendidikan

“Nak jumpa bincang isu yang saya sebut katanya.

“Baru malam ni beliau respon sedangkan saya berkali-kali ‘tag’ beliau sebelum ini, saya komen di post beliau, saya komen di page KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) merujuk pada beliau sejak bertahun lamanya. Tak pernah beliau respon walau sekali.

“Baru malam ini ada respon,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan tidak ada keperluan untuk dia berjumpa dengan Mohd Fadli dan berharap hasil mesyuarat jawatankuasa tatatertib esok dapat menyelesaikan isu berkenaan secara baik.

Setelah tular isu Cikgu Fadli, PM telefon ketua pengarah pendidikan

Baca Lagi:
Lelaki temui mutiara dalam cengkerang bernilai RM1.3 juta
Dalam IC pun ada duit, ini cara nak claim
Duit tersilap masuk RM49.2 juta dalam akaun bank, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah, akhirnya ini yang terjadi
CATEGORIES