7,000 tanda tangan sokong petisyen bantah tindakan tatatertib terhadap Cikgu Fadli

7,000 tanda tangan sokong petisyen bantah tindakan tatatertib terhadap Cikgu Fadli

7,000 tanda tangan sokong petisyen bantah tindakan tatatertib terhadap Cikgu Fadli. Hampir 7,000 orang ramai di negara ini menandatangani petisyen dalam talian bagi membantah tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas seorang guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd. Fadli Salleh, setakat pukul 6 petang tadi.

Petisyen yang dimuat naik di laman web change.org dengan tajuk Petisyen Tuntut Keadilan Untuk Cikgu Fadli Salleh dimulakan oleh individu yang menamakan dirinya sebagai Jamal Yunuh.

Jamal Yunuh menyeru orang ramai untuk bersama-sama dalam perjuangan Mohd. Fadli kerana beliau merupakan seorang guru yang berusaha keras untuk memastikan sistem pendidikan negara di landasan yang betul.

7,000 tanda tangan sokong petisyen bantah tindakan tatatertib terhadap Cikgu Fadli

Malam tadi, media melaporkan, Mohd. Fadli mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada Kementerian Pendidikan dipercayai dengan alasan sering menegur berkaitan isu persekolahan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan membabitkan silibus ‘kayangan’ tahun 1 terutamanya berkaitan subjek Matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat.

7,000 tanda tangan sokong petisyen bantah tindakan tatatertib terhadap Cikgu Fadli

Susulan dakwaan itu, ramai warga net yang terdiri daripada ibu bapa dan guru-guru mengecam tindakan yang disifatkan tidak adil dalam sistem pendidikan negara.

Bagaimanapun, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan Mohd. Fadhli bagi meneliti isu yang dibangkitkan.

Baca Lagi:
Banjir dasyat di Langkawi
Ahli Umno kena tampar ketika mesyuarat perwakilan Umno Bahagian
Kongsi rahsia menang jakpot Magnum 4D, wanita Sarawak ini siap tunjuk bukti menang RM13.59 juta
CATEGORIES