Inilah orang pertama yang dapat kesan bakat P.Ramlee

Inilah orang pertama yang dapat kesan bakat P.Ramlee

Inilah orang pertama yang dapat kesan bakat P.Ramlee. ” Rupa-rupanya orang yang aku temui itu mempunyai bakat seni yang amat besar” Begitulah kata-kata Ahmad C yang pernah diceritakan oleh seorang wartawan senior sekitar tahun 2007. Ahmad C atau nama sebenarnya Mohamad bin Abdul Hamid memulakan kerjayanya di Studio Jalan Ampas pada tahun 1947; iaitu 6 bulan selepas studio itu ditubuhkan. Tugas awalnya sebagai buruh kasar dan kemudian diberi peluang menjadi pelakon tambahan seterusnya pelakon pembantu yang sangat diingati.

Ramai bertanya bagaimana Ahmad C diberi gelaran sedemikian, sebenarnya semasa di Jalan Ampas ada 3 orang kakitangan yang bertugas yang bernama Mohamad. Mereka bertiga diberi pelbagai tugasan di belakang tabir, sehinggalah suatu hari seorang pegawai telah memanggil nama Mohamad, lalu ketiga-tiganya mereka datang, dari situlah pegawai tersebut telah memberikan nama pertama Ahmad A, ke-2 Ahmad B, dan ke-3 Ahmad C.

Inilah orang pertama yang dapat kesan bakat P.Ramlee

Ahmad C adalah individu yang pertama menemui bakat P.Ramlee ketika menyanyi di pentas Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1947. Ketika itu Ahmad C menemani pengarah B.S Rajhans yang dihantar oleh pihak studio untuk mencari bakat-bakat baru serata Malaya. Apabila melihat aksi P.Ramlee diatas pentas, Ahmad C segera meminta pengarah B.S Rajhans untuk mengambil P.Ramlee sebagai penyanyi di Jalan Ampas. Pengarah B.S Rajhans telah menulis satu nota dan diberikan kepada Ahmad C untuk disampaikan kepada P.Ramlee di belakang pentas.

Buat pertama kali Ahmad C bersua muka dan bersalaman dengan P.Ramlee apabila menyerahkan nota tersebut yang bertujuan untuk menawarkan P.Ramlee bekerja di Jalan Ampas, Singapura. Bermula dari situ tali persahabatan mereka terjalin sehingga ke akhir hayat. Hubungan kedua-duanya tak ubah seperti abang dan adik. P.Ramlee akan menjadi ketua manakala Ahmad C sentiasa menjadi pengikut yang setia, sehinggakan P.Ramlee dilantik menjadi pengarah beliau tidak pernah melupakan sahabatnya itu.

Menerusi filem pertama arahannya Penarek Becha (1955), P.Ramlee mengambil Ahmad C berlakon sebagai salah seorang penarik beca didalam filem berkenaan. Antara filem-filem lain arahan P.Ramlee yang turut menampilkan Ahmad C adalah seperti; Semerah Padi, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Musang Berjanggut, Labu Labi, Nasib Si Labu Labi dan yang paling diingati sudah semestinya Ibu Mertua-Ku.

P.Ramlee juga telah memberi pengiktirafan kepada bakat Ahmad C apabila menjadi anggota kumpulan Pancha Sitara yang ditubuhkan pada tahun 1960 yang turut disertai P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar & Kassim Masdor. Antara lagu nyanyi Ahmad C yang boleh kita dengar sehingga kini adalah ‘ AIYA CIK SITI’ dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Ahmad C menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari 2010 di usia 78 tahun akibat penyakit jantung. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Tinggi, Johor.

Rujukan:
Repair Gambar Lama
Arkib Negara Malaysia
Tengku Zakaria P.Ramlee

Baca Lagi:
Model terkenal dibunuh kejam, mayat ditemui tanpa kepala dalam peti ais
Tun M sekali lagi bersuara Malaysia perlu sedia hadapi kesan perang dunia ketiga
10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku
CATEGORIES