Model terkenal dibunuh kejam, mayat ditemui tanpa kepala dalam peti ais

Model terkenal dibunuh kejam, mayat ditemui tanpa kepala dalam peti ais

Model terkenal dibunuh kejam, mayat ditemui tanpa kepala dalam peti ais. Polis Hong Kong telah membuat tiga tangkapan berhubung kes pembunuhan kejam seorang model berusia 28 tahun, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

Menurut polis, cebisan anggota badan mangsa, Abby Choi, ditemui di sebuah rumah yang didirikan sebagai tapak penyembelihan.

Model terkenal dibunuh kejam, mayat ditemui tanpa kepala dalam peti ais

“Kami masih mencari bahagian kepala,” kata Alan Chung kepada pemberita, selepas media tempatan melaporkan tentang penemuan anggota badan seorang wanita dalam peti sejuk. Rumah itu dilengkapi dengan gergaji elektrik dan penggiling daging yang dipercayai digunakan untuk mengisar daging manusia.

“Dua periuk rebusan dipercayai mengandungi tisu manusia ditinggalkan di tempat kejadian,” tambahnya.

Bapa, ibu dan bekas abang ipar Choi, telah ditahan dan akan menghadapi tuduhan membunuh, manakala bekas suami Choi masih dalam buruan.

2107263 e1677424366769

“Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya bertelingkah tentang kewangan, melibatkan jumlah wang yang besar.

“Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya, yang menjadi motif untuk membunuh,” kata Chung lagi.

Choi, yang baru sahaja muncul sebagai penghias muka depan majalah fesyen L’Officiel Monaco baru-baru ini, dilaporkan hilang pada Rabu.

Dia didakwa kali terakhir dilihat oleh abang bekas abang iparnya, yang juga pemandunya.

Bagaimanapun, polis mendedahkan keluarga itu berbohong dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan penyiasat.

Baca Lagi:
10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku
Pergi honeymoon dekat Cameron, suami boleh ajak kawan laki dia ikut sekali siap duduk bilik bersama
5 senarai artis Malaysia hidup berpoligami dan kekal bahagia sampai sekarang, no 5 paling power sekali..
CATEGORIES