10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku

10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku

10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku. Dah 10 tahun isteri aku s4kit, aku setia jaga dan bagi sokongan dekat dia. Kerja rumah aku, jaga anak, memasak aku buat bila dia tak larat. Masalahnya sekarang batin aku tersiksa, aku tak nak buat maksi4t sebab aku mampu. Aku nak kahwin lain supaya kurangkan beban isteri untuk ‘layan’ aku..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca, admin tolong hide profile aku ye.. Tak pasti ini luahan atau minta pendapat atau minta kecaman free dari pembaca. Aku redha je lah, tapi aku betul – betul harap kalau ada yang dapat beri pendapat yang membina.

Aku dah kahwin selama 15 tahun dengan isteri aku sekarang. Anak dah ada sorang, dah sekolah menengah pun. Isteri aku ada masalah kesihatan dan tak sihat dah lama, 10 tahun. Walaupun macam tu, aku tetap sayang dan jaga dia tak pernah kurang perhatian dan tanggungjawab.

10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku

Keperluan semua berlebihan. Rumah kelengkapan semua ada aku sediakan. Pendek kata tanggungjawab aku kepada isteri dan anak semua cukup. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga berlebihan. Untuk isteri, walaupun dia dah tak sihat lama, aku bagi moral dan support kewangan untuk dia sambung pengajian sampai tahap tertinggi (doctorate).

Sepanjang isteri berhempas pulas siapkan Phd, masa tu anak aku yang jaga. Korang mesti tahukan, susahnya nak habiskan pengajian Phd ni. Aku bukan nak ungkit tapi itu peng0rbanan aku sebagai seorang suami. Untuk pengetahuan korang, aku pon doctorate jugak.

Aku cuba support untuk kerjaya dia, sempat dia kerja juga untuk beberapa tahun. Kemudian dia tak larat, kami ambil keputuusan untuk dia berhenti dan berehat sahaja di rumah. Aku boleh je tanggung dia dan anak kami tanpa dia perlu kerja.

Kemudian aku support untuk dia buat bisnes sendiri (professional services sesuai dengan kepakaran dia) hanya di rumah. Tujuan pon untuk dia achieve something untuk diri sendiri. Aku tak paksa. Cuma tak nak dia down, aku tak nak dia rasa rendah diri.

Orang sakit ni dia kena bagi sibukkan diri supaya dia tak ingat yang dia s4kit. Tambah lagi buat benda yang dia suka. Waktu dia tak sihat, aku ambil tanggungjawab rumahtangga macam masak, jaga anak dan lain – lain. Setiap hari aku cuba ceriakan dia, aku ada good humor sense.

Sekali sekali bawa isteri keluar bercuti untuk dia rasa seperti orang normal dan lupa s4kit dia. Masa bersalin dulu pon aku jaga sendiri je, takde nak suruh mak mentua datang jaga. Makan pakai semua aku buat. Ceritanya bermula beberapa tahun yang lepas.

Aku tertekan mungkin kerana dah bertahun aku tanggung sendiri. Memang semua nampak mudah dan indah, nampak aku kuat tapi ada sedikit kekurangan yang aku rasa. Ke”inginan” aku sememangnya sangat tinggi. Masa dia sihat OK, dia boleh penuhi. Tapi selalunya dia tak larat.

Aku faham, dia cuba buat yang terbaik. Tapi aku ni manusia biasa, aku tak boleh lari dari fitrah manusia. Bila tak cukup, tak kan la aku nak self service je… Sedangkan aku ada kemampuan dan aku yakin, perhatian aku tak akan kurang kalau aku nak tambah lagi satu.

Aku tak nak buat d0sa di belakang isteri sebab aku sayang keluarga aku. Aku sayang isteri aku. Untuk pengetahuan warga FB, tujuan aku nak tambah isteri satu lagi pon sebab nak kurangkan tanggungjawab isteri aku jadi tak perlu la dia memberi walau ketika tak sihat.

Aku juga rasa nak ada anak lagi. Bukan tak bersyukur dengan seorang, tapi benda boleh tambah buat apa sorang kan. Memang agak perasan kalau aku kata memang aku ada rupa sikit. Ramai je perempuan kat luar sana yang nak try, tapi awal – awal aku terus terang yang aku dah kahwin dan ada anak.

Tak sanggup nak tipu isteri aku. Ada secret admire pon aku bagitau awal – awal, aku tak nak cari pasal. Jujurnya aku cakap, kalau tengok aku memang orang sangka aku belum kahwin. Aku jugak tak nak terjerumus ke lembah maksi4t.

Aku takut d0sa. Kalau nak tambah lagi satu pon, aku akan buat secara elok – elok, aku tak akan buat sembunyi – sembunyi. Aku akan letakkan syarat yang mana bakal isteri aku nanti perlu terima keadaan isteri aku sekarang.

Dan dia perlu sayang anak aku. Aku sayang sangat anak aku tu. Macamana yea aku nak fahamkan isteri aku tentang situasi ni? Aku tak nak dia tertekan dengan keperluan aku. Aku tak nak dia rasa aku tak sayang dia sebab tu aku nak kahwin lain. Bukan.

Kalau dia tak sihat, aku tak sempat masak, aku boleh beli jer. Tak pernah merungut depan dia, sebab aku tau dia dah buat yang terbaik. Rumah pon aku kemas sebab bukan orang lain pun yang buat selerak, aku dengan anak yang kaki buat selerak.

Pernah aku bersuara pasal ni dengan dia, tapi berjurai airmata dia. Jadi aku kata gurau je. Padehal nak test the water. Tapi dalam sunyi – sunyi, aku pulak yang berjurai airmata jantan, tertekan jugak kot. Dia memang tak nak dimadukan.

Aku faham, mana ada perempuan sanggup bermadu. Mungkin dia takut perhatian aku kurang selepas kahwin lagi tapi aku takut jugak lama – lama aku tak tahan, buat benda pelik – pelik. Dengan segala dugaan, lama mana aku mampu nak bertahan.

Tapi kalau ada rezeki, aku plan nak letak dekat – dekat je dua – dua. Jadi aku boleh berkhidmat untuk kedua – duanya. Aku berazam tidak akan kurangkan perhatian untuk isteri aku. Aku dah berkhidmat lebih 10 tahun kot.

Kalau nak berkurangan sebelum ni lagi aku dah buat. Macamana ye nak bagi isteri aku paham situasi aku pulak? Terima kasih semua sebab baca sampai habis. Tolong jaga percakapan kita. Jazakallah…

Komen Warganet :

Farah Ann : Kesian dekat TT, dia dah jalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai seorang suami. 10 tahun kot dia bersabar keinginan batin seorang suami. Kira hebat sangat la TT ni. Saya pun tak tahu nak bagi pendapat macam mana, hanya mampu doakan semoga isteri TT sembuh semula.

Kalau tidak pun semoga isteri TT terbuka hati untuk terima poligami. Ikutkan memang kita tak setuju tentang poligami ni, tapi bila baca dari side TT, nampak dia betul – betul mampu dan jalankan tanggungjawab jadi tak salah rasanya.

Amira Mohd : Serba salah betul rasanya, tapi awak yakin ke kalau dapat yang kedua, boleh hormat dan toleronsi dengan isteri pertama, Tambah lagi isteri awak tengah sakit, takut dia ambil kesempatan melainkan awak betu – betul tegas didik isteri baru nanti.

Mungkin awak boleh bincang dari hati ke hati. Luahkan kenapa sebab awak nak kahwin lain. Mungkin boleh buat perjanjian hitam putih, supaya isteri awak rasa selamat.

Baca Lagi:

Banglo mewah milik 10 selebriti Malaysia yang buat orang ramai terkejut, rumah Shuib paling gempak

Aedy Asyraf kongsi video belasah Hafidz Roshdi buat netizen puas hati tengok

Wanita ini tawar gaji RM35,000 sebulan untuk jadi pemandu peribadi, ini syaratnya

CATEGORIES