Tun M sekali lagi bersuara Malaysia perlu sedia hadapi kesan perang dunia ketiga

Tun M sekali lagi bersuara Malaysia perlu sedia hadapi kesan perang dunia ketiga

Tun M sekali lagi bersuara Malaysia perlu sedia hadapi kesan perang dunia ketiga. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan Malaysia sewajarnya mempunyai rancangan luar jangkaan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya Perang Dunia Ketiga.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu kenyataan pada hari ini yang merujuk kepada perkembangan geopolitik semasa terutamanya di antara Rusia-Ukraine dan juga di Asia.

Tun M mendakwa, konflik di Ukraine berlaku akibat provokasi NATO.

Tun M sekali lagi bersuara Malaysia perlu sedia hadapi kesan perang dunia ketiga

“Serangan Rusia (terhadap Ukraine) boleh ditafsirkan sebagai permulaan Perang Dunia Ketiga. Malah, terdapat ura-ura bahawa senjata nuklear digunakan,
“Dunia pula terpaksa menanggung kekurangan bekalan berikutan sekatan dan tindak balas Rusia,” katanya.

Beliau menambah, situasi geopolitik di Asia Timur amat membimbangkan terutamanya dengan melihat pertelagahan antara Taiwan dan China.

“Terdapat provokasi di Asiat Timur. Lawatan oleh pegawai tinggi Amerika Syarikat ke Taiwan telah menyebabkan ketegangan antara China dan Taiwan,” ujar beliau.

Menurutnya, kedua-dua pihak dilihat semakin siaga dan Taiwan telah menerima banyak persenjataan dari Amerika Syarikat sementara China semakin agresif.

Jelas Tun M, Malaysia wajar bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan.

“Malaysia juga mengalami kekurangan dan inflasi. Adalah penting bahawa negara menyediakan rancangan luar jangkaan (kontingensi) untuk menghadapi kemungkinan kesan permulaan Perang Dunia Ketiga,” katanya.

Baca Lagi:
5 senarai artis Malaysia hidup berpoligami dan kekal bahagia sampai sekarang, no 5 paling power sekali..
Wanita ini tawar gaji RM35,000 sebulan untuk jadi pemandu peribadi, ini syaratnya
10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku
CATEGORIES