Ini sebab kenapa ramai bantah halalkan ganja

Ini sebab kenapa ramai bantah halalkan ganja

Ini sebab kenapa ramai bantah halalkan ganja. Penggunaan marijuana atau lebih dikenali sebagai ganja dalam bidang perubatan masih menjadi isu yang diperdebatkan di negara ini.

Antara kebimbangan yang timbul ialah kemungkinan bahan tersebut digunakan tanpa kawalan untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini berkongsi mengenai risiko pengambilan ganja dari segi keselamatan jalan raya.

Ini sebab kenapa ramai bantah halalkan ganja

Jelas KKM, penggunaan ganja boleh memberi kesan negatif kepada kemahiran penting yang diperlukan untuk pemanduan yang selamat, antaranya:

1. Memesongkan persepsi

2. Menjejaskan koordinasi

3. Memperlahankan masa reaksi anda dan keupayaan untuk membuat keputusan

Seperti yang berlaku baru-baru ini, tiga pejalan kaki telah meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera parah apabila mereka dilanggar oleh sebuah kereta.

Kejadian pada 1 Syawal itu berlaku ketika enam warga Pakistan itu berjalan kaki ke Masjid Jamek Kampung Ayer Hitam, Teluk Intan, Perak.

Pemandu telah mengakui bahawa beliau mengambil dadah.

Mengikuti insiden ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran tentang kepentingan untuk memandu dalam keadaan yang baik dan stabil.

KKM menyatakan, memandu adalah satu tugas yang kompleks yang memerlukan perhatian penuh untuk memastikan keselamatan anda dan sentiasa berwaspada.

Baca Lagi:
Warga emas dapat jackpot selepas dituduh curi barang RM29 di pasar raya
Selepas kecoh isu stoking dan tapak kasut, alas kaki ada gambar Kaabah pula dijual di pasar raya Johor
Macam baru balik beraya dari Istana, dua beradik berbaju Melayu kuning Diraja raih perhatian ramai
CATEGORIES