Lelaki dedah keluarga amal amalan pelik sediakan dua batang rokok dan air kopi dalam bilik. Baru-baru ini, seorang individu menceritakan pengalaman pelik bersama keluarganya. Mereka sekeluarga merupakan orang Jawa. Individu tersebut berasa musykil tentang amalan keluarganya yang agak pelik.
Semasa pulang ke kampung setiap raya, atuk dan neneknya akan mengeluarkan tikar mengkuang, cawan, mangkuk, dan pinggan kecil untuk diletakkan. Bukan hanya itu, ada juga makanan dan minuman seperti kopi dihidangkan di situ.
“Sebelahnya ada beberapa buah pisang dan dua batang rokok, dan petang hari raya, air kopi itu tinggal sedikit,” tulisnya.
Peliknya kerana tiada sesiapa yang masuk ke bilik tersebut. Individu tersebut heran mengapa air kopi tinggal sedikit sedangkan tiada yang berani masuk ke bilik tersebut.
Setelah menanyakan ahli keluarga, individu tersebut baru menyedari bahawa adat ini telah diamalkan oleh atuk dan neneknya sejak lama.
“Aunty aku kata, atuk nenek aku ingin menghormati ahli keluarga yang tidak hadir, iaitu mak ayah kepada atuk dan nenek aku yang dianggap sebagai moyang.” tulisnya.
Makciknya menegaskan bahawa upacara ini tidak bermakna apa-apa, tetapi sekadar sebagai tanda penghormatan. Namun, ibu kepada individu tersebut merasa keberatan kerana tidak mengetahui kepada siapa makanan itu diberikan dan siapa yang telah menetap.
“Anak saudara aku kalau pulang ke kampung, pasti akan menunjukkan dan memberitahu tentang kehadiran benda itu. Atuk dan nenek aku ketat dalam hal agama tetapi saya berdoa agar mereka tidak menyimpang dari ajaran Islam. Saya telah memberi nasihat,” tulisnya.
Upacara tersebut dikenali sebagai sesajen.
Sesajen merupakan amalan orang Jawa yang melibatkan penyajian atau persembahan makanan, minuman, bunga, atau barang-barang lainnya kepada roh, dewa, atau entiti spiritual untuk memohon keberkatan, perlindungan, atau berkomunikasi dengan dunia supranatural.
Sesajen dapat dilakukan dalam pelbagai konteks seperti ritual keagamaan, upacara pernikahan, atau perayaan tahun baru. Kebiasaannya, sesajen dilakukan di rumah, kuil, atau mana-mana tempat. Amalan ini diamalkan sejak dulu lagi semasa pengaruh agama Hindu-Buddha. Setiap negeri di Indonesia mempunyai cara sesajen yang unik dan berlainan.
Difahamkan, adat ini masih dilakukan oleh sesetengah masyarakat Jawa. Namun, ada juga yang tidak meneruskan adat seperti ini.
“Bukan adat, ni syirik, takut ada upacara membela” – Netizen
Susulan itu, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pendapat masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di laman X:
Adat Jawa pic.twitter.com/PxCjeD4veS
— Detik Seram ⏰ (@detikseram) May 13, 2024
Ada ke orang Jawa yang masih amalkan amalan sesajen ni?