Gaji besar sampai boleh beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang jadi pada pemain bola sepak Kedah ini

Photo of author

By Joe

Gaji besar sampai boleh beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang jadi pada pemain bola sepak Kedah ini. Zaman kini, menjadi seorang pemain bola sepak adalah impian bagi ramai. Selain menjadi bintang bola sepak, kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional menjanjikan pendapatan lumayan yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Itulah yang dikongsikan oleh pemain Kedah FA ini, tetapi realiti sebenar yang dihadapi oleh seorang pemain bola sepak masih belum diketahui.

Pengalaman lampau telah memberi pengajaran kepada pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof. Beliau pernah melampaui batasan dengan menjadi seorang yang terlalu obses dengan kereta sehingga sanggup membuat pembelian mewah semata-mata untuk mendapatkan kereta idamannya.

Disebabkan kesilapannya itu, Azmeer berkongsi pengalaman ini di media sosial TikTok dengan cuba memberi nasihat kepada para pemain bola sepak, terutamanya yang mempunyai gaji tinggi, supaya tidak terlalu boros dan tidak melabur duit kepada perkara yang tidak membawa pulangan. Kesilapan itu dianggap sebagai satu tindakan yang tidak berfaedah dan tidak membawa masa depan yang baik dari segi kewangan kepada seorang pemain bola sepak.

Gaji besar sampai boleh beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang jadi pada pemain bola sepak Kedah ini

Pemain berusia 30 tahun itu berkongsi, sebaiknya mereka tidak memohon kad kredit kerana jika seseorang tidak mempunyai disiplin untuk membayar hutang, pasti akan mengundang masalah di kemudian hari. Beliau juga menasihati agar jangan cuba-cuba memohon pinjaman peribadi.

Antara nasihat Azmeer Yusof adalah “kurangkanlah pembelian barang-barang yang mahal tetapi akhirnya tidak digunakan dan beliau mencadangkan untuk membeli emas. Keperluan insurans juga perlu sebagai kaedah perlindungan dan cubalah berhenti merokok. Semasa duit ada, ambillah peluang untuk membeli rumah,” katanya.

Beliau baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-30 pada Isnin yang lalu, dan turut terkenang akan kesilapannya yang lalu. Azmeer mengakui pernah menikmati kehidupan yang mewah sebagai seorang pemain bola sepak profesional, dan pada masa itu, beliau tidak memikirkan untuk menyimpan atau melabur dalam instrumen kewangan untuk perancangan masa depan.

” Saya dulu pernah beli 7 kereta dan sehingga saya berumur 30 tahun kini, saya masih tidak dapat langsaikan hutang.
“Saya rasa, saya adalah manusia paling bodoh di dunia kerana dengan hasil gaji yang lumayan bermula dari tahun 2009 sehingga 2019, saya sepatutnya telah menyelesaikan semua hutang itu sehingga lengkap namun saya gagal mencapainya,” Kongsi Azmeer mengakui kesalahannya.

Antara kesilapan yang tidak masuk akal pernah dilakukannya ialah memohon sehingga 5 kad kredit untuk berbelanja sesuka hati. Azmeer juga membuat kesilapan dengan membuat pinjaman peribadi dan membeli beberapa kereta seperti Satria Neo, Honda City, Mitsubishi Lancer, Audi, Honda FD, Toyota Vellfire dan D-Max.

Kesilapan membeli terlalu banyak kereta dan hutang yang bertimbun-timbun akhirnya membawa padah apabila permohonan pinjaman rumahnya gagal mendapat kelulusan. Hal ini kerana rekod pinjaman dalam CCRIS merangkumi hutang kad kredit dan pinjaman peribadi.

“Selepas menghadapi situasi itu, saya membuat keputusan untuk menjual semua kereta yang saya miliki kecuali Vellfire kerana sudah meniatkan untuk kegunaan ibu bapa saya. Saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan hutang kad kredit dan pinjaman peribadi.

“Jika dilihat sebelum ini, jumlah komitmen bulanan saya mencecah RM10,000 sebulan, namun kini ia sudah dapat dikurangkan dan tidaklah merisaukan saya atau membuatkan saya pening kepala jika tiba-tiba gaji tidak masuk atau berlaku perkara yang tidak diingini dalam kerjaya bola sepak saya.

“Apa yang telah berlaku ini sebagai pengajaran buat saya, Allah telah menghadiahkan sebuah rumah sendiri kepada saya di Alor Setar. Semoga sebab dari sebuah rumah ini, menjadi pemangkin untuk saya kembangkan lagi dengan cara menambah aset pembelian rumah-rumah lain dengan izin Allah,” kongsi beliau.

Gaji besar sampai boleh beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang jadi pada pemain bola sepak Kedah ini

Perkongsian Azmeer Yusof ini merupakan satu peringatan kepada kita semua, tidak hanya kepada para pemain bola sepak yang menikmati gaji lumayan pada masa ini, tetapi juga kepada semua individu yang sedang menikmati kemewahan. Nasihat Azmeer adalah penting bagi kita untuk sentiasa berhati-hati dan merancang kewangan dengan baik supaya apabila tiba masanya untuk bersara, kita tidak terbebani dengan hutang.

Dengan merancang kewangan secara bijak, kita boleh bersara dengan aman dan bebas dari beban hutang yang berlebihan. Hidup tanpa hutang adalah kehidupan yang tenang dan sebenar-benarnya.

Baca Lagi:
7 jenis scammer yang paling popular di Malaysia, no.7 paling ramai rakyat Malaysia terkena
Netizen pelik macam mana lelaki berpangkat ‘Datuk’ tak pandai cakap bahasa Melayu
Aktivis politik meninggal dunia dalam penjara