“Netizen je lebih-lebih”- Marissa Dania akhirnya kongsi gambar ‘selfie’ dengan madunya Umisya Mazlan

“Netizen je lebih-lebih”- Marissa Dania akhirnya kongsi gambar ‘selfie’ dengan madunya Umisya Mazlan

“Netizen je lebih-lebih”- Marissa Dania akhirnya kongsi gambar ‘selfie’ dengan madunya Umisya Mazlan. Untuk menyelesaikan segala kekeliruan dan pertanyaan, Marissa Dania Hakim akhirnya berkongsi sebuah foto bersama madunya, Umisya Mazlan, di media sosial.

Melalui Instagram Stories, Marissa, anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, seolah-olah cuba memberi jawapan kepada pertanyaan netizen mengenai hubungan mereka selama ini.

“Kadang-kadang, beberapa anggapan memerlukan penjelasan, kan?” tulisnya dalam kapsyen foto tersebut.

"Netizen je lebih-lebih"- Marissa Dania akhirnya kongsi gambar 'selfie' dengan madunya Umisya Mazlan

Sebelum ini, Marissa muncul bersama suaminya, Ahmad Aslam, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk bertemu dengan keluarga besarnya, termasuk ibu tirinya, Memey Suhaiza, di Pahang.

Rakaman tersebut, yang menunjukkan Abby bersalaman dengan Aslam, mencetuskan tanda tanya mengenai status perkahwinannya dengan isteri pertamanya.

Sehari kemudian, Umisya berkongsi foto bersama suaminya, Aslam, semasa meraikan hari raya pertama sambil berpegangan tangan.

Umisya dalam kapsyen yang sama menyatakan bahawa dia tidak mahu melanjutkan perbalahan dengan mana-mana pihak sebagai wanita yang bijak.

Umisya mula dikenali ramai sejak September tahun lalu selepas mendedahkan perselingkuhan suaminya, Aslam, dengan Marissa Dania Hakim di laman aplikasi X.

Katanya, hubungan sulit itu telah merosakkan rumah tangganya dengan Aslam sehingga mereka berpisah sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.

Kemudian, pada 27 Disember tahun lalu, Marissa dan Aslam melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam di Songkhla, Thailand.

Baca Lagi:
Warga emas dapat jackpot selepas dituduh curi barang RM29 di pasar raya
Macam baru balik beraya dari Istana, dua beradik berbaju Melayu kuning Diraja raih perhatian ramai
Kerajaan Jepun mahu beri rumah percuma kepada rakyat tapi tiada yang berani nak terima
CATEGORIES