Ini kata-kata Anwar Ibrahim kepada rakyat selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri ke-10. Penantian rakyat Malaysia akhirnya berakhir selepas Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 sebentar tadi.
Anwar Ibrahim telah membuat satu posting di Instagram rasmi beliau yang menunjukkan dua foto ketika mengangkat sumpah pada jam 5.00 petang di Istana Negara.
Menerusi caption, beliau menulis secara ringkas apa yang akan dilakukannya apabila telah menjadi Perdana Menteri.
View this post on Instagram
Amanah akan digalas dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab.
Tugas berat ini akan saya pikul berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukan.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lebih 20 tahun penantiannya untuk menduduki Kerusi Perdana Menteri Malaysia.