Muhyiddin Yassin cabar Anwar kemukakan bukti cukup sokongan MP

Muhyiddin Yassin cabar Anwar kemukakan bukti cukup sokongan MP

Muhyiddin Yassin cabar Anwar kemukakan bukti cukup sokongan MP. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mencabar Anwar Ibrahim mengemukakan jumlah sokongan dimiliki bagi mengabsahkan jumlah yang diperoleh bagi memegang jawatan perdana menteri.

Muhyiddin berkata, beliau yakin telah mendapat majoriti mencukupi untuk menjadi perdana menteri dengan mendapat sokongan 115 ahli parlimen.

Muhyiddin Yassin cabar Anwar kemukakan bukti cukup sokongan MP

“Pada jam 10.30 pagi 22 Nov 2022, setiausaha agung PN menghantar satu lagi surat akuan ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai perdana menteri menjadikan jumlah ahli parlimen yang menyokong saya adalah seramai 115.

“Iaitu melebihi majoriti mudah 112 orang untuk membolehkan saya dilantik sebagai perdana menteri.

“Hari ini, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar yang dikatakan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai perdana menteri.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahsan Anwar sebagai perdana menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang media petang ini.
Baca Lagi:
Ringgit naik mendadak 1.5% selepas Anwar PM ke-10
Kata-kata Nurul Izzah buat papa selepas dilantik PM10
Selepas kalahkan Argentina 2-1, Putera Mahkota Arab Saudi hadiahkan Rolls Royce Phantom bernilai RM2.5juta kepada setiap pemain Arab Saudi
CATEGORIES