Kejadian aneh botol bergerak sendiri naik bukit buat orang ramai pelik

Photo of author

By Joe

Kejadian aneh botol bergerak sendiri naik bukit buat orang ramai pelik. Alam semula jadi menyimpan seribu misteri yang masih belum terungkai. Mungkin ada penjelasan secara saintifik ke atas suatu fenomena, tetapi kita lebih cenderung untuk terpegun melihat kehebatan alam yang diluar nalar normal.

Seperti yang kita sedia maklum, sesuatu benda yang berada di tempat tinggi pasti akan turun ke bawah jika diberikan daya yang mencukupi.

Jarang atau tak pernah kita lihat benda naik ke atas bukit akibat graviti melainkan dengan daya dari bawah.

Kejadian aneh botol bergerak sendiri naik bukit buat orang ramai pelik

Tetapi, korang cuba tengok video @spezzyshah di bawah.

Dalam video ini kita boleh lihat satu kejadian yang aneh. Kalau fikir secara logik, mana mungkin botol seperti itu mampu untuk naik bukit.
Bahkan sebarang objek lain pun tak mungkin mampu mendaki curam atau bukit jika tidak dikenakan sebarang daya.

Mungkin ini adalah salah satu kejadian atau fenomena alam yang sangat sesuai untuk buat kita berfikir tentang kekuasaan dan kehebatan Sang Pencipta.

@spezzyshahJangan tanya lokasi kt mana ye.. Yang tau je tau..

♬ original sound – Spezzy Shah

Baca Lagi:
Lelaki dikejarkan ke hospital kerana dua cincin tersekat pada kemaluan, nasib baik abang bomba datang ‘potong’
Ramai bangga pasport Malaysia dihormati dan ‘berkuasa’
‘Tengok pada batang mangga’ salah satu dari 4 tip nak pilih buah mangga ranum dan manis