Doktor perubatan didakwa rakam video punggung wanita mengaku tidak bersalah

Photo of author

By Joe

Doktor perubatan didakwa rakam video punggung wanita mengaku tidak bersalah. Seorang doktor perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan merakam video punggung wanita pada bulan Julai lalu.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang bernama Amirul Haqim Ayub, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Difahamkan, dia didakwa dengan sengaja mengaibkan kesantunan seorang pekerja kedai penjagaan kecantikan dan kesihatan berusia 27 tahun dengan merakam video punggung dan bahagian badan mangsa menggunakan telefon bimbit.

Doktor perubatan rakam video punggung wanita mengaku tidak bersalah

Perbuatan itu dipercayai dilakukan di sebuah kedai tempat mangsa bekerja di dalam sebuah pasar raya di Jalan Changkat Jong, pada jam 6.30 petang, 12 Julai lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurul Farahdiana Md Saad, menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 kepada tertuduh.

Sementara itu, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Kumaresan, yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah membenarkan jaminan minimum atas alasan anak guamnya perlu menanggung seorang isteri.

Majistret Naidatul Athirah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 30 Disember depan untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Berdasarkan laporan polis, kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menyusun barang di kedai tempat dia bekerja.

Pemeriksaan rakaman video litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh mendekati dan merakam video punggung mangsa.

SUMBER

Baca Lagi:
Seram solat di R&R, disangka surau kosong rupanya ada ‘peneman’
Kejadian aneh botol bergerak sendiri naik bukit buat orang ramai pelik
Lelaki dikejarkan ke hospital kerana dua cincin tersekat pada kemaluan, nasib baik abang bomba datang ‘potong’