Wanita dedah suaminya baik tapi suka layan video lucah, wanita seksi

Photo of author

By Joe

Wanita dedah suaminya baik tapi suka layan video lucah, wanita seksi. Setiap wanita pasti mengimpikan suami yang mempunyai pakej lengkap dari segala aspek dan yang paling penting, tidak mengabaikan tanggungjawabnya.

Bagi seorang wanita, dia amat bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik sejak mendirikan rumah tangga.

Namun, tanpa disangka-sangka, suami yang dianggap mithali itu sebenarnya mempunyai sisi gelap yang mana dia sendiri sukar mempercayainya.

Wanita dedah suaminya baik tapi suka layan video lucah, wanita seksi

“Lelaki memang tak lari dari tengok video lucah ke? Suami aku yang baik sangat, ringan tulang, buat kerja rumah, tak baran, penyabar sangat orangnya pun kantoi.”

Selain baik dan rajin, katanya, suaminya juga menunaikan tanggungjawab dengan memberikan nafkah.

“Suami pun tak pernah culas bayar nafkah walaupun saya sendiri bekerja dan ada pendapatan sendiri,” ujarnya.

Mengulas lanjut, sisi gelap suami yang dimaksudkannya adalah, lelaki itu mempunyai tabiat luar biasa iaitu menonton video lucah.

Wanita itu hanya menyedari perkara itu selepas melihat apa yang dilayari suaminya di laman sosial X.

Menurutnya, bukan sahaja video lucah, malah suaminya dikatakan sering melayari laman-laman yang memaparkan gambar-gambar wanita seksi.

“Suami kantoi history ‘X’, dia tengok porn dan perempuan seksi,” katanya lagi tanpa mendedahkan sama ada suaminya ketagih melakukan perbuatan itu dan tidak pasti sama ada tabiat tersebut sudah ada sejak bujang atau selepas berkahwin.

Walaupun perbuatan menonton video lucah itu tidak wajar, namun rata-rata warga maya menasihatkan wanita itu agar menjadi isteri yang lebih bertanggungjawab.

Sebagai isteri yang prihatin, sudah tentu dia mempunyai inisiatif untuk menegur dan membimbing suaminya supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Malah, dia sendiri juga boleh melakukan perubahan yang lebih baik bagi mengalihkan perhatian suami terhadap dirinya berbanding aksi ‘panas’ wanita seksi.

“Baik je suami hang. Hang yang tak jalankan tanggungjawab ni, tapi tak cerita pula.

“Semak betul perempuan macam ni. Macam kau sempurna sangat je jadi manusia.

“Itu tandanya hang tak pandai layan suami. Hang kena juga pandai jadi ‘wanita seksi’ untuk suami. Belajar lagi,” demikian antara komen warga maya.

Sebagai peringatan, perbuatan menonton video lucah adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Baca Lagi:
Ramai bangga pasport Malaysia dihormati dan ‘berkuasa’
Seram solat di R&R, disangka surau kosong rupanya ada ‘peneman’
Lelaki dikejarkan ke hospital kerana dua cincin tersekat pada kemaluan, nasib baik abang bomba datang ‘potong’