Video aneh biri-biri berjalan secara berpusing dalam satu bulatan, selama 12 hari

Video aneh biri-biri berjalan secara berpusing dalam satu bulatan, selama 12 hari

Video aneh biri-biri berjalan secara berpusing dalam satu bulatan, selama 12 hari. Viral baru-baru ini satu rakaman yang menunjukkan aksi aneh sekumpulan biri-biri berjalan secara berpusing dalam satu bulatan, selama 12 hari, di Monggolia. Difahamkan, aksi aneh itu bermula sejak 4 November lepas.

Aksi pelik itu berjaya dirakam menerusi kamera pengawasan yang menunjukkan kumpulan biri-biri berkenaan bergerak secara bulatan mengikut arah jam dipercayai dalam kawasan kandang yang menempatkan haiwan tersebut.

Menerusi video yang sama juga, dapat dilihat beberapa ekor biri-biri berada di luar bulatan tanpa melakukan apa-apa.

Video aneh biri-biri berjalan secara berpusing dalam satu bulatan, selama 12 hari

Video berkenaan menjadi tular di media sosial selepas di tweet oleh sebuah portal berita tempatan, @PDChina pada Rabu lalu yang memaklumkan kesihatan kesemua biri-biri yang terlibat adalah baik dan punca misteri tersebut berlaku masih menjadi tanda tanya.

Pemilik haiwan ternakan tersebut mendakwa, kejadian pelik tersebut dimulakan oleh beberapa ekor biri-biri sebelum kumpulan besar yang lain mengikuti tindakan tersebut.

Katanya lagi, biarpun memiliki 34 kandang biri-biri, namun fenomena tersebut hanya melibatkan satu kandang sahaja iaitu kandang Nombor 13.

Penyakit bawaan bakteria berkemungkinan menjadi punca

Berhubung punca kejadian itu, segelintir berspekulasi ada kemungkinan ia disebabkan oleh satu penyakit bawaan bakteria dikenali sebagai Listeriosis, atau juga disebut sebagai ‘penyakit berpusing’.

“Pada awalnya, haiwan-haiwan yang dijangkiti akan mengalami anorektik, murung dan keliru. Haiwan itu mungkin membawa diri ke satu sudut, bersandar pada objek pegun, atau membuat bulatan ke arah bahagian yang dijangkiti,” menurut Merck Manual.

Menurut Merck Manual lagi, wabak berkenaan boleh berlaku akibat kerosakan silaj atau silaj berkualiti rendah. Bagaimanapun, menurut rekod kes, kumpulan kambing atau biri-biri yang dijangkit penyakit berkenaan akan mati dalam tempoh 24-48 jam selepas simptom dikesan.

Baca Lagi:
Ringgit naik mendadak 1.5% selepas Anwar PM ke-10
Kata-kata Nurul Izzah buat papa selepas dilantik PM10
Selepas kalahkan Argentina 2-1, Putera Mahkota Arab Saudi hadiahkan Rolls Royce Phantom bernilai RM2.5juta kepada setiap pemain Arab Saudi
CATEGORIES