PM-10 | Perdana Menteri kotakan janji pertama, Anwar umum cuti Isnin ini

PM-10 | Perdana Menteri kotakan janji pertama, Anwar umum cuti Isnin ini

PM-10 | Perdana Menteri kotakan janji pertama, Anwar umum cuti Isnin ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari cuti umum pada Isnin susulan kejayaannya menerajui kerajaan baharu.

Anwar pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri malam ini berkata, beliau sudah berjanji untuk melaksanakan cuti pada Isnin.

“Tetapi hari Isnin hari itu belum beres, maka hari ini sudah beres baru kita bawa ke Isnin minggu depan,” katanya.

Terdahulu, Anwar sebelum ini yakin bahawa beliau yang akan mengumumkan cuti umum selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diperoleh pada 19 November nanti.

PM-10 | Perdana Menteri kotakan janji pertama, Anwar umum cuti Isnin ini

Keyakinan Pakatan Harapan (PH) akan memenangi PRU15 dan beliau akan menjadi Perdana Menteri itu diucapkannya ketika menyampaikan ceramah pada program Jelajah Mega Harapan di Dataran Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan pada 7 November lalu.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan perpaduan diterajui beliau meletakkan tiga komponen terbesar iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurut beliau, dengan jumlah induk itu kekuatan PH sebagai blok terbesar dalam Parlimen diikuti BN (30) dan GPS (22).

“Kami dapat pengesahan daripada Abang Johari bahawa mereka bersama dalam kerajaan perpaduan.

“Maka, soal kestabilan tidak berbangkit. Turut disertai Warisan, Muda, dan Bebas,” katanya.

Anwar berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penyertaan parti-parti yang lain.

“Saya tetap bersedia menerima semua yang lain untuk menjadikan negara ini satu.

“Saya menunggu rakan-rakan dari Perikatan Nasional (PN) walaupun kenyataan pengerusinya kurang memberangsangkan,” ujarnya.

Anwar turut memaklumkan sidang Parlimen akan dibuat pada 19 Disember ini.

Baca Lagi:
Ini kata-kata Anwar Ibrahim kepada rakyat selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri ke-10
Ringgit naik mendadak 1.5% selepas Anwar PM ke-10
Kata-kata Nurul Izzah buat papa selepas dilantik PM10
CATEGORIES