‘Ikan puntianak’ dijumpai di tepi pantai

‘Ikan puntianak’ dijumpai di tepi pantai

‘Ikan puntianak’ dijumpai di tepi pantai. Seorang lelaki telah menemui makhluk aneh yang kelihatan seperti cacing gergasi dalam filem sains fiksyen, Dune, ketika dia bersiar-siar di tepi pantai, dilaporkan oleh portal berita MailOnline semalam.

Will Miles, 26 tahun, menjumpai makhluk aneh tersebut di pantai berhampiran Exmouth Marina, Devon, Britain, baru-baru ini.

Makhluk itu diberi nama ‘ikan puntianak’ kerana ia menghisap darah ikan lain dan mulutnya dilengkapi dengan barisan gigi tajam.

'Ikan puntianak' dijumpai di tepi pantai

“Saya sedang bersiar-siar selepas bekerja. Ia terdampar di tengah-tengah pantai berhampiran garis pasang surut,” katanya.

Miles menjangkakan haiwan aneh itu mempunyai panjang sekitar 80 sentimeter, sama dengan ketinggian purata kanak-kanak berumur dua tahun.

“Saya sangat terkejut. Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini,” katanya.

‘Ikan puntianak’ sebelum ini banyak ditemui di Britain sebelum bilangan mereka menurun akibat kualiti air yang rendah.

Baca Lagi:
Duit kertas Ringgit Malaysia bakal bertukar warna-warni?
‘Abah mentua macam warden, kerap datang rumah kami, sekali kantoi dia datang semasa kami keluar pergi kerja’
“Buat malu nama polis je”- Wanita dedah diganggu polis gatal di media sosial, siap hantar video kucing ‘kangkang’
CATEGORIES