“Buat malu nama polis je”- Wanita dedah diganggu polis gatal di media sosial, siap hantar video kucing ‘kangkang’

Photo of author

By Joe

“Buat malu nama polis je”- Wanita dedah diganggu polis gatal di media sosial, siap hantar video kucing ‘kangkang’. Pada masa ini, media sosial juga menjadi platform bagi kita untuk berkenalan dengan orang baru dan juga mempererat hubungan dengan individu yang jauh daripada kita.

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi dalam satu pos di laman X di mana dia memaparkan beberapa tangkapan skrin perbualannya dengan seorang individu yang membuatnya berasa kurang selesa.

Melalui tangkapan skrin tersebut, lelaki itu telah menghantar mesej yang boleh dikelaskan sebagai gangguan seksual, dan yang lebih menakutkan, individu tersebut dipercayai sebagai seorang polis.

"Buat malu nama polis je"- Wanita dedah diganggu polis gatal di media sosial, siap hantar video kucing 'kangkang'

Kerana merasa tidak selesa, wanita itu menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis berhubung gangguan yang dilakukan oleh lelaki tersebut, tetapi polis rupanya tidak mengambil serius perkara tersebut.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu merasa tidak selamat kerana polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat, tetapi kejadian yang berlaku telah membuatnya merasa tidak selamat.

Pendedahan ini telah menarik perhatian orang ramai dan pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana individu tersebut boleh menjadi seorang anggota polis.

Malah, para netizen menggesa pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap anggota yang terlibat kerana mencemarkan nama baik polis.

Baca Lagi:
Individu terkejut beri salam dekat kubur arwah abah dijawab suara misteri
“Stesen berikutnya..”- Rupanya ini tuan empunya suara dalam MRT yang selalu kita dengar
Duit kertas RM50 dijual dengan nilai RM708,000 sekeping, ini kelebihannya yang ramai tak tahu