Lima sekeluarga muntah berbuih, cirit-birit selepas makan kuih.
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang menjalankan penyiasatan berkenaan dengan beberapa video yang telah tersebar di media sosial sejak Isnin yang menunjukkan sebuah keluarga dibawa ke hospital kerana disyaki keracunan makanan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, menyatakan bahawa perkara tersebut sedang disiasat oleh pihaknya.
Beliau mengatakan bahawa satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berkenaan dengan kejadian ini.
“Kami menerima maklumat mengenai video yang tersebar dan kami masih dalam proses penyiasatan.
“Menurut penyiasatan awal, terdapat lima individu yang terlibat dalam kes ini di mana empat daripadanya telah dimasukkan ke wad.
“Walaubagaimanapun, keadaan semua yang terlibat stabil,” katanya semasa sidang akhbar selepas operasi cakna penguatkuasaanhh undang-undang kesihatan awam peringkat negeri Terengganu di bilik mesyuarat utama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, video yang tersebar di media sosial Facebook dan TikTok dikongsikan oleh individu yang dikenali sebagai Putera Hakiem.
Video tersebut menunjukkan keadaan anggota keluarganya yang dilaporkan mengalami gejala keracunan makanan dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Sehingga Selasa, video pertama dikongsikan berdurasi 26 saat itu mendapat 729,000 tontonan dan 535 perkongsian.
Menurut hantaran sama, lelaki itu menceritakan anak dan isterinya yang mengalami perubahan mendadak selang tidak berapa lama selepas makan kuih yang dibeli di pasar.
“Tadi anak sulung dimasukkan ke wad, sekarang pula isteri saya. Saya dan anak sulung hanya yang tidak makan. Anak kedua sudah menunjukkan gejala seperti mata yang berlalak, muntah, dan mulut berbuih seolah-olah telah minum racun.
“Dalam lima minit kemudian, adik bongsu turut mengalami perkara yang sama. Muntah dengan corak yang serupa. Berbuih. Kejadian ini berlaku ketika saya singgah sebentar ke rumah selepas mengambil anak sulung dari sekolah.
“Saya pulang dan dapati mereka hampir tidak sedar di dalam tandas. Kejadian ini memang berlaku dengan sangat cepat bersama gejala cirit-birit yang melanda semua,” tulisnya.