Pengusaha Kem PLKN tuntut kerajaan bayar pampasan RM224 juta

Pengusaha Kem PLKN tuntut kerajaan bayar pampasan RM224 juta

Pengusaha Kem PLKN tuntut kerajaan bayar pampasan RM224 juta. Tidak dapat dinafikan bahawa keputusan kerajaan untuk menghentikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah memberi kesan kepada pelbagai pihak, termasuklah jurulatih kontrak yang dihentikan secara tiba-tiba.

Walau bagaimanapun, masalah mereka telah terselesaikan dan kini timbul masalah baru.

Pada kali ini, pihak pengusaha kem PLKN pula menyuarakan isu di mana mereka kini terbeban dengan hutang jutaan ringgit sehingga terpaksa mengisytiharkan muflis kerana tidak mampu untuk membayar pinjaman bank yang diperolehi semasa membina fasiliti kem PLKN.

Pengusaha Kem PLKN tuntut kerajaan bayar pampasan RM224 juta

Terdapat juga pengusaha yang menuntut pihak kerajaan untuk membayar pampasan sebanyak RM224 juta bagi menangani masalah ini.
Mohd Rawi Mohd Arof, Presiden Persatuan Kebajikan Bekas-bekas Pengusaha Kem PLKN, menyatakan bahawa tuntutan itu melibatkan pembayaran sewa selama 27 bulan untuk siri program yang sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh kontrak.
Hal ini telah dibincangkan dalam mesyuarat persatuan pada bulan Julai yang lalu selepas pelbagai usaha rundingan dengan kerajaan yang gagal mencapai penyelesaian. Kumpulan pertama telah menyiapkan tuntutan melalui firma guaman yang baru dilantik dan tuntutan-tuntutan yang lain akan difailkan tidak lama lagi.

Jumlah tuntutan tersebut adalah baki daripada kontrak empat tahun atau 48 bulan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengusaha untuk tempoh 2017 hingga 2020 sebelum PLKN dimansuhkan pada Ogos 2018. Kontrak telah berjalan selama 21 bulan, maka kami menuntut bayaran sewa untuk baki 27 bulan dalam tempoh kontrak.

Tuntutan pampasan ini merupakan langkah terakhir yang boleh diambil oleh pengusaha selepas berbagai perbincangan dengan kerajaan sejak tahun 2018.

Baca Lagi:
Leka main golf dengan 3 wanita, ahli perniagaan diculik, tuntut wang tebusan RM61.8 juta
Lelaki cipta rekod dunia peluk lebih 1,100 batang pokok dalam masa 1 jam pada bulan puasa
Senarai 6 adat Melayu yang bertentangan dengan Islam tapi masih diamalkan hingga sekarang
CATEGORIES