Hisap 70 batang rokok & 40 gelas air tuak sehari, lelaki mengaku tidak tidur sejak tahun 1962

Hisap 70 batang rokok & 40 gelas air tuak sehari, lelaki mengaku tidak tidur sejak tahun 1962

Hisap 70 batang rokok & 40 gelas air tuak sehari, lelaki mengaku tidak tidur sejak tahun 1962. Seorang petani di Vietnam mengakui bahawa dia tidak dapat tidur sejak tahun 1962 selain daripada menghisap 70 batang rokok dan meminum 40 gelas tuak setiap hari, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Thai Ngoc, 80 tahun, mengatakan bahawa apabila jiran-jirannya tidur, dia pergi ke ladang di kampungnya dan bekerja kerana dia kehilangan kemampuan untuk tidur.

“Melihat orang lain tidur, saya menjadi iri hati. Pada waktu malam, saya biasanya keluar bekerja kerana bosan duduk di rumah.

Hisap 70 batang rokok & 40 gelas air tuak sehari, lelaki mengaku tidak tidur sejak tahun 1962

“Apa yang aneh adalah saya bekerja dua kali ganda lebih banyak berbanding orang lain, namun taraf hidup saya masih sama,” kata Thai kepada seorang pengarah dokumentari, Drew Blinsky.

Thai juga pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan bagi merawat sindrom insomnia yang dihadapinya tetapi doktor-doktor gagal menemui jalan penyelesaian.

Warga emas ini makan sangat sedikit, tetapi dia menghisap kira-kira 70 batang rokok dan meminum berpuluh-puluh gelas tuak sehari.

Alkohol dapat membuatnya merasa sedikit mengantuk, kata Thai, tetapi masih sukar baginya untuk tidur dengan lena.

“Apabila dia minum banyak alkohol, dia tidur sebentar. Mungkin satu atau dua jam,” kata penterjemah kepada Drew.

Thai masih memakai baju tidur setiap malam dan berharap agar dia dapat tidur dengan lena.

Kebanyakan orang akan menghadapi masalah kesihatan jika mereka tidak mendapat tidur yang mencukupi. Selepas 36 jam, mereka akan mula mengalami halusinasi yang boleh membawa kepada psikosis selepas tempoh 72 jam.

Bagaimanapun, Thai masih sihat dan bertenaga walaupun dia tidak tidur, kata isterinya.

Baca Lagi:
“Buat malu nama polis je”- Wanita dedah diganggu polis gatal di media sosial, siap hantar video kucing ‘kangkang’
‘Abah mentua macam warden, kerap datang rumah kami, sekali kantoi dia datang semasa kami keluar pergi kerja’
Duit kertas Ringgit Malaysia bakal bertukar warna-warni?
CATEGORIES