Ibu 3 anak kantoi curi telur, polis sebak bila tahu cerita sebenar, siap tolong belikan barang

Ibu 3 anak kantoi curi telur, polis sebak bila tahu cerita sebenar, siap tolong belikan barang

Ibu 3 anak kantoi curi telur, polis sebak bila tahu cerita sebenar, siap tolong belikan barang. Seorang ibu berusia 44 tahun ditahan kerana mencuri telur di sebuah pasar mini.

Wanita itu nekad mencuri telur demi menyara tiga anaknya.

Kejadian berlaku di Pondok Aren, Kota Tangerang Selatan di Banten, Indonesia.

Ibu 3 anak kantoi curi telur, polis sebak bila tahu cerita sebenar, siap tolong belikan barang

“Ketika soal siasat, suspek nekad mencuri telur untuk memenuhi keperluan makanannya sekeluarga pada hari itu,” kata Ketua Polis Pondok Aren, Komisioner Bambang Askar Sodiq ketika dihubungi, pada Selasa.

Beliau berkata, polis menerima aduan daripada pasar mini berhubung kejadian itu.

Susulan itu, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.

Inspektor Samsul Hairudin kemudiannya cuba menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Malah, polis turut membantu untuk membayar telur yang dicuri suspek.

Bambang berkata, pihaknya menyokong penuh menyelesaikan masalah tersebut dengan budi bicara dan secara kekeluargaan.

Pihaknya juga meminta jasa baik pasar mini berkenaan untuk tidak memanjangkan isu tersebut.

Dia mengakui sebak dengan kejadian itu kerana wanita itu mencuri atas desakan hidup dan memerlukan keperluan harian.

“Si ibu mencuri untuk keperluan harian untuk hidup. Saya pesan kepada anggota supaya membeli keperluan asas dan telur untuk dia dan anak-anaknya,” katanya.
Baca Lagi:
Nampak lucu kentut depan isteri, ini hukum yang ramai tak tahu, jangan jadi seperti kaum Nabi Luth
Ramai yang belum tahu, minyak masak terpakai jangan buang, anda boleh jual kembali di Petronas dengan harga RM3 sekilogram
‘Mengaku duda isteri meninggal, mak tertipu kahwin dengan lelaki berkopiah, siap ugut nak santau’
CATEGORIES